Monday, May 14, 2012

TIBB Siri 4/2012 --> Membuat Penanda Buku & Kenderaan (Selain Kereta)































Sebagai penutup TIBB bagi kanak-kanak berumur 2 & 3 tahun, Taska Darul Hannan telah mengadakannya pada hari Sabtu lepas, 12 Mei 2012. TIBB yang dihadiri oleh hampir 15 orang kanak-kanak ini telah memilih aktiviti membina penanda buku serta kenderaan (selain kereta dan lori). Aktiviti membina kenderaan tersebut dibuat secara berkumpulan. Antara kenderaan yang dihasilkan ialah kapal terbang, feri, keretapi dan beca.

Pihak Taska lagi sekali mengucapkan terima kasih atas kesudian semua ibu bapa dan staf yang mengambil bahagian kali ini. Insya Allah, Taska akan mengadakan BBQ dan hari sukaneka pada bulan Julai nanti.

No comments:

Post a Comment