Thursday, May 27, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP

Sijil Puan Suhana

Sijil Puan Norsahliza

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk semua stafnya. Seorang staf dari Taska Darul Hanan Masjid Wilayah telah menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang iaitu Puan Suhana.

Manakala Puan Norsahliza dan Puan Fadhilah pula telah menerima Sijil Perhargaan Perkhidmatan. Kami dari Taska Darul Hanan mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah tersebut. Moga anugerah yang diterima dapat memberi inspirasi kepada staf semua.









Wednesday, May 26, 2010

Latihan ke Tandas (Potty Training) (Part 2)

Teknik #1: Menanggalkan lampin

Misi pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu “proses” yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya adalah; Tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti dipakai ya, ibu-ibu Anak-anak soleh tidak boleh diajar ber-telanjang, kerana ia akan mengikis perasaan malu)

Apabila dia ter-buang air kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda terima ialah: melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke tandas sambil berciciran “airnya” di sepanjang perjalanan.

Haa..sebab itulah, semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye (lihat post sebelum ini) Jadi, mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan pastikan, anda tidak menunjukkan wajah yang marah, sedih atau berputus asa, kepada anak tatkala dia ter-kucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda untuk mengajarkannya; apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah ke tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan yang anda yakin pada kemampuannya

Apabila anak anda telah “sedar” tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotoranya beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih untuk ke tandas. Maka percayalah, anda telah pun selangkah ke arah kejayaan!

Teknik #2: Mengatur waktu ke tandas

Di dalam teknik yang saya gunakan ini, walaupun memang kita ’sengaja’ mahu anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali, ter-kucil di dalam seluarnya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar untuk ke tandas.

Tetapkan masa, seperti: setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses pembuangan air kencing berlaku, ajak anak ber-cangkung, basahkan kemaluan dengan air atau membuat bunyi-bunyi seperti ” shhh…”.

Sekiranya anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit. Namun selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula ter-kucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut.

Walaupun dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambillah peluang ini juga, untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa sebelum masuk ke tandas, masuk tandas menggunakan kaki kiri, memakai selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.

Lakukan teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda akan CEPAT berjaya.

Teknik #3: Berikan ganjaran

Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu diberikan setiap kali anak “berusaha” untuk ke tandas (samada anda yang menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).

Cuba perhatikan betul-betul, yang saya highlight kan di sini adalah ganjaran untuk USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak penghargaan diberikan atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu membuahkan hasil.

Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat (sticker) bintang kejayaan. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni untuknya. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline, “ BERJAYA!!” (Contoh: Ammar BERJAYA!!).

Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya

Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (Janjikan hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambahkan koleksi bintang-bintangnya.

*******

Ok, cukup sampai di sini dahulu. Yakinlah, dengan KESABARAN yang tinggi, prakstis yang KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak , KERJASAMA daripada pasangan dan DOA yang berpanjangan, anda dan anak anda akan berjaya melalui latihan ini LEBIH CEPAT daripada jangkamasa yang ditetapkan.

Selamat Mencuba!

sumber ( anakku.com)

Monday, May 24, 2010

Direktori Kanak-Kanak 2010












Besday Adik Nur Imani

Kek hari jadi Adik Imani

Adik Imani bergaya di hadapan kek coklatnya

Rakan-rakan di Taska mengelilingi Adik Imani

Adik Imani gembira di samping rakan-rakan Taska
Sempena hari jadi adik Nur Imani, ibu beliau telah membuat sendiri sebiji kek coklat (Home Made). Sambil dikelilingi oleh rakan-rakan Taska yang lain, hari jadi adik Imani telah diraikan dalam suasana sederhana tetapi meriah. Kami di Taska Darulhannan sangat menghargai usaha Puan Rohayati yang ingin menyediakan sendiri kek untuk anaknya. Terima kasih dan tahniah kami ucapkan atas usaha beliau.

Latihan ke Tandas (Potty Training) (Part 1)

Apabila anak mencapai usia 2 tahun, Latihan ke Tandas @ Potty Training merupakan satu cabaran besar buat pasangan ibubapa. Saya akui, bukan mudah untuk melalui cabaran ini. Ia memerlukan KESABARAN yang sangat tinggi, prakstis yang KONSISTEN @ istiqamah, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak & KERJASAMA daripada pasangan.

Sekiranya ada kegoncangan dalam satu daripada 4 perkara ini, maka proses melatih anak untuk ke tandas akan menjadi LEBIH sukar. Bunyinya menakutkan, bukan? hehehe.. Saya hanya mahu anda sebagai ibubapa yang ingin melatih anak ke tandas, mempunyai persiapan mental yang kuat sebelum berdepan dengan cabaran ini. Apa yang telah saya lakukan sewaktu melatih anak sulung saya ke tandas, sehingga dengan izin Allah swt, dia berjaya melakukannya kurang daripada 30 hari? (Maksudnya, tiada lagi lampin pada waktu siang, malam dan ketika bermusafir atau pun shoppping )

Sebelum saya memulakan hari pertama potty training, saya telah kerjakan solat sunat 2rakaat, memohon kepada Allah swt agar membantu saya melatih anak ke tandas kurang daripada 30 hari.Saya yakin, dengan bantuan Allah swt sahaja, misi ini akan berjaya. Dan memang benar, apabila saya ceritakan matlamat saya kepada Allah swt dan mohon pertolongan daripadaNya, semuanya menjadi lebih mudah dan Alhamdulillah misi ini berjaya, walaupun saya baru melakukannya untuk pertama kali.

Jika anda perasan, saya telah tetapkan matlamat 30 hari sebelum saya memulakan latihan ini lagi. Ini kerana, saya seorang yang “sangat” sabar (hehe), sebab itu, saya tidak mahu melalui latihan ini dalam masa yang terlalu lama. Jika anda juga mahu melihat hasil latihan dengan segera, anda juga harus menetapkan matlamat yang jelas & terperinci seperti ini.

Saya telah membuat declaration di hadapan ibu saya (nenek Nabilah), bahawa; Nabilah akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri dalam keadaan potty trained.Teknik ini selalu digunakan dalam perniagaan. Tujuannya untuk memotivasikan diri seseorang, agar terus bersemangat, berusaha lebih keras dan tidak akan patah semangat walau apa sahaja rintangan yang bakal dilalui. Btw, saya telah pilih Ramadhan sebagai bulan melatih anak untuk ke tandas, kerana Ramadhan adalah bulan keSABARan.

Saya telah kunci @ tutup ruang yang digunakan untuk bersolat pada waktu siang. Semua carpet dan tikar yang ada di rumah juga telah siap-sedia digulung pada pagi tersebut dan ia tidak akan dibuka sehinggalah Nabilah 100% potty trained.Ini dilakukan untuk memelihara kesucian dan memudahkan proses pembersihan, memandangkan rancangan saya adalah untuk menanggalkan lampin / diaper anak sepanjang hari tersebut.

Untuk keluaran akan datang, saya akan ceritakan apakah teknik yang mudah untuk membuatkan anak kita boleh ke tandas untuk membuang air kecil & besar kurang daripada 7 hari.

(sumber : anakkusoleh.com )

Thursday, May 20, 2010

Lawatan ke Aquaria KLCC

Staf bergambar dengan anak-anak Taska Darul Hannan Masjid Wilayah

Kanak-kanak tersenyum gembira semasa menuju ke Aquaria KLCC

Beratur sebelum dibenarkan masuk

Kanak-kanak berehat sebentar sebelum dibenarkan masuk ke Aquaria KLCC

Anak-anak Taska Darul Hannan teruja melihat ikan di akuarium

Real tak gambar ni??? Seolah-olah berada di tepi tasik....

Di terowong (giant tube tank) yang penuh dengan bermacam jenis ikan

Macam mana boleh sampai di Pulau Redang ya?

Kanak-kanak Taska Darul Hannan (TDH) dan Staf MAIWP telah berpeluang melawat Aquaria KLCC pada 19/05/2010 (semalam). Dengan menaiki bas MAIWP, lebih 30 orang kanak-kanak dan staf telah menyertai lawatan ini. Umpama Journey of Water, kanak-kanak dan staf TDH begitu teruja dan seronok lalui setiap tempat di dalam Aquaria tersebut. Selain pelbagai jenis ikan, mereka juga didedahkan dengan pelbagai jenis hidupan laut. Lawatan ini diakhiri dengan pemberian sedikit cenderahati dari pihak Aquaria KLCC kepada setiap peserta yang menyertai lawatan ini.

Tuesday, May 18, 2010

Besday Helmi 2 dalam 1

Kek Hari Jadi adik Helmi dan Sambutan Hari Guru

Adik Helmi bersedia untuk memotong kek

Adik Helmi meniup lilin bersama rakan-rakan taska

Cenderahati untuk kanak-kanak

Sempena hari jadi adik Helmi, ibubapa beliau telah menyediakan sebiji kek coklat dengan tema Upin & Ipin. Kami warga Taska Darul Hannan amat terharu kerana kek ini juga sempena Sambutan Hari Guru. Di samping itu, sedikit cenderahati untuk kanak-kanak juga disediakan. Terima kasih kepada keluarga adik Helmi.





Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010



T


Terima Kasih Kepada Imani Atas Kad Ucapan Hari Guru....

Senaman Pagi





Setiap pagi sebelum kanak-kanak bersarapan , kanak-kanak di Taska Darul Hanan akan bersenam dahulu. Tujuan mereka bersenam adalah untuk memberi sedikit pendedahan berkaitan dengan penjagaan kesihatan badan.

Aktiviti Riadah Kanak-Kanak 3-4 tahun





Seminggu sekali kanak-kanak yang berumur antara 3-4 tahun akan dibawa keluar untuk aktiviti santai di sekitar Masjid Wilayah. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk melihat cuaca, keadaan sekeliling dan juga pemandangan sekitar masjid. Kanak-kanak akan belajar dan berehat di kawasan pondok sekitar Masjid.