Thursday, June 17, 2010

Besday TDH MW Jan-Jun 2010

Kek Coklat Moist

Comel tak anak-anak TDH dengan topeng yang berwarna-warni?

Besday girl & boy memotong kek hari jadi

Wah! Cikgu-cikgu TDH pun seronok nak bergambar dengan anak-anak TDH

Goodies untuk kanak-kanak

Belon warna-warni menghiasi dinding TDH

Sambil makan kek pun tetap nak bergaya dengan topeng

Sedapnya kek ni....

Kanak-kanak riang bermain "rebut kerusi"

Untuk pertama kalinya, Taska Darul Hannan Masjid Wilayah buat majlis hari jadi untuk anak-anak yang lahir dari bulan Jan-Jun (majlis khas dedikasi dari pihak Taska sendiri). Walaupun kebanyakkan ibubapa telah membuat majlis untuk anak-anak mereka sebelum ini, tapi pihak TDH telah menetapkan untuk menyambut majlis seperti ini setiap tiga bulan sekali. Disebabkan majlis ini adalah yang pertama kali, pihak Taska tetap meraikan anak-anak yang lahir dari Jan-Mac. Jadi untuk majlis kali ini, ia melibatkan kanak-kanak yang lahir dari Jan-Jun.

Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan pihak Taska terhadap anak-anak TDH Masjid Wilayah.

Wednesday, June 9, 2010

Belajar Komputer

Zafran dan Farah sedanga mencuba penggunaan komputer

Wardatul dan Ezzuddin sedang memerhatikan Najihah membuat sebiji kek menggunakan komputer

Shakir, Naqib dan Faiz sedang diajar oleh cikgu Fanisya

Boring ke Farah tunggu giliran???

Sesi belajar komputer merupakan peluang yang paling dinantikan oleh kanak-kanak Taska Darul Hannan. Untuk sesi kali ni, seramai 8 orang kanak-kanak berumur 3-4 tahun diberi peluang belajar komputer. Antara asas yang kanak-kanak belajar kali ini ialah tentang cara-cara untuk on dan off (shut down) komputer dan cara mengendalikan mouse.

Melalui sesi pembelajaran ini juga, kanak-kanak diberi satu bentuk permainan tentang cara-cara membuat sebiji kek. Oleh itu, kanak-kanak dapat mengenal bentuk, warna dan hiasan-hiasan yang sepatutnya mengikut kehendak pelanggan. Setiap kali berjaya membuat sebiji kek, kanak-kanak nampak begitu gembira sekali kerana ita menunjukkan bahawa mereka telah dapat mengendalikan mouse dan cursor dengan baik.

Tuesday, June 8, 2010

Hari Jadi Adik Ashraf

Kek Ben 10 sempena hari jadi adik Ashraf

Adik Ashraf dengan kek Ben 10 yang comel

Goodies daripada adik Ashraf buat kawan-kawan Taska

Warga TDH menyanyikan lagu hari jadi buat adik Ashraf

Guru-guru pun nak bergambar dengan adik Ashraf

Senyum sikit...
Sempena hari jadi adik Ashraf yang ke-3, beliau telah diraikan dalam suasana yang cukup meriah. Bertemakan Ben 10, adik Ashraf begitu segak dalam pakaian serba hijau. Kami dari Taska Darul Hannan mengucapkan tahniah kepada adik Ashraf dan terima kasih kepada ibubapa beliau atas usaha bagi meraikan hari jadi adik Ashraf di taska.

Hadiah Kerongsang Buat Guru TDH

Kad ucapan tulisan adik Zairel sendiri

Hadiah kerongsang daripada adik Zairel buat semua guru taska sempena Hari Guru
Adik Zairel telah menulis sendiri sekeping kad ucapan buat semua guru-guru di Taska Darul Hannan. Walaupun baru berusia tiga (3) tahun, beliau begitu bersemangat untuk menulis sendiri kad ucapan tersebut (kata ibunya). Tujuh biji (7) kerongsang yang cantik jadi hadiah buat semua guru di sini. Terima kasih kami ucapkan atas ingatan adik Zairel.

Friday, June 4, 2010

Penggunaan Punch Card di Taska

Ibu kepada seorang kanak-kanak sedang menggunakan punch card
Bermula 1 Jun 2010, Taska Darul Hannan Cawangan Masjid Wilayah mula menggunakan punch card bagi tujuan kehadiran kanak-kanak. Semua ibu bapa hanya perlu punch setiap kali menghantar dan mengambil anak -anak mereka dari taska. Kemudahan ini bagi memudahkan ibubapa supaya dapat menjimatkan masa mereka kerana kebanyakkan ibu bapa perlu ke tempat kerja lebih awal.

Thursday, June 3, 2010

Sesi Bercerita

Adik Hazeeq diberi peluang bercerita mengenai keluarganya


Kanak-kanak TDH riang bergambar selepas sesi bercerita

Bagi menarik minat kanak-kanak, mereka dibawa ke pondok di sekitar masjid. Semua kanak-kanak berumur 3-4 tahun diberi peluang untuk bercerita mengenai keluarga mereka. Antaranya ialah adik Hazeeq (gambar di atas). Kanak-kanak lain juga begitu seronok bercerita mengenai keluarga masing-masing selepas melihat kebolehan adik Hazeeq. Sesi bercerita ini dijalankan bertujuan bagi menambahkan keyakinan di kalangan kanak-kanak semasa berdepan dengan orang ramai.

Wednesday, June 2, 2010

Autisme

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur.

Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

*Tidak suka bersosial.
*Pendengaran tidak normal.
*Mengelak daripada bertentang mata.
*Gangguan pertuturan.
*Corak kelakuan yang berulang.
*Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.

Tuesday, June 1, 2010

Latihan ke Tandas (Potty Training) (Part 3)


Untuk entri kali ini, saya ingin dedahkan rahsia kejayaan 4K melatih anak ke tandas dalam tempoh yang singkat.

InsyaAllah, target kita, selepas hari ke-30, tiada lagi diaper pada waktu siang dan malam, sewaktu ber-musafir, atau ber-shopping dan selepas hari ke-30, tiada lagi adegan ter-kucil, ter-tembus, atau yang sewaktu dengannya lagi.

Seronok bunyinya, kan? Anda sudah bersedia? Ayuh, mari kita mulakannya!

Rahsia #1: Kesabaran

Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan naik pada ketika itu.

Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana, dalam kesabaran ada janji Allah swt, “Innallaaha maa’s soobirin” (Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar). Apabila Allah swt berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya.

Apabila kita ber-sabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara tak langsung, kita sedang menarik magnet yang baik ke dalam diri kita dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah, magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi jiwa ibubapa dan anak-anak.

Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan lain melainkan…BERSABARLAH

Pernah satu ketika di zaman Rasulullah saw, seorang sahabat (yg masih jahil) telah membuang air kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu, sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi, Rasulullah saw dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai membuang air kecil, barulah Rasulullah saw datang kepadanya dan memberikan nasihat dengan penuh hikmah.

Sampai ke tahap itu kesabaran Rasulullah saw ye. Sebagaimana yang telah kita maklum, berkat kesabaran itulah, Rasulullah saw berjaya mendidik sahabat-sahabat sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun asalnya, mereka ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di zaman ini)

Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah saw dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa, dalam kesabaran, ada kejayaan

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Amalkan doa ini pada setiap masa: “Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

Jika terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk, tetapi masih tidak hilang kemarahannya, maka baringlah. Dan jika dalam keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhu’lah.

Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan kesedihan itu hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau ketawa, maka insyaAllah, Allah swt akan kurniakan perkara yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Rahsia #2: Konsisten

Anda perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh dilakukan seperti ini, hari #1 tidak pakai lampin, hari #2 (sebab ummi dah penat anak pakai lampin kembali. Oh, tidak…ini tidak boleh.

Atau seperti ini:

Ketika berada di rumah, tidak pakaikan lampin. Tetapi, apabila hendak keluar shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan kerana musafir yang panjang, anak dipakaikan lampin kembali. (kerana khuatir najis ter-tembus, atau tidak sempat ke tandas dsb)

Ini juga tidak boleh. Ya, TIDAK boleh.

Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten @ istiqamah, lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tetapi tidak istiqamah. Sama lah juga dengan potty training.

Apabila ibubapa mula hilang konsistensi, maka anak akan terkeliru. Anak akan terfikir; “Apakah aku patut buang najis ku di sini (diaper) atau di sana (tandas)?” “Kadang-kadang boleh buang dalam diaper, kadang-kadang tak boleh? Isy…mana satu yang betul..confuse, confuse.. ”

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Untuk ibu yang bekerja, ambil cuti seminggu untuk membuat latihan ini. Ini kerana, tidak semua pengasuh dapat mengambil alih tugas potty training dengan sempurna. Kebanyakannya tidak sanggup, kerana latihan ini akan membebankan mereka.

Pilih satu minggu yang kosong (anda dan anak tidak mempunyai sebarang sebab untuk keluar dari rumah seperti untuk menghadiri majlis perkahwinan, atau membeli belah dan sebagainya) Dengan ini, anda akan mudah konsisten.

Dengan langkah yang diajarkan sebelum ini, biasanya, waktu kritikal adalah cuma 3-4 hari sahaja. Namun, untuk menambahkan lagi keyakinan dan keupayaan anak, maka kita berikan mereka peluang selama seminggu.

30 minit sebelum anak tidur, pastikan dia tidak minum air. Ajak anak ke tandas sebelum tidur. Ajar anak beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
sumber (anakku.com)