Monday, February 27, 2012

Program Taska Bersama Ibu Bapa (TIBB Siri 1/2012)

Alhamdulillah...akhirnya program pertama Taska Darul Hannan bersama ibu bapa untuk siri pertama pada tahun ini berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu baru-baru ini (25/2/2012). Tumpuan TIBB Siri 1/2012 ini adalah untuk kanak-kanak berumur 4 tahun. Seperti yang telah dirancang, dua aktiviti menarik telah diadakan iaitu membuat sandwich serta art&kraf. Pelbagai gelagat dan idea yang menarik telah dikongsi oleh semua ibu bapa dan kanak-kanak. Selain dapat mengeratkan hubungan akrab antara ibu bapa , staf dan kanak-kanak, aktiviti ini juga dapat menjadi medium untuk berkongsi pengalaman dan mencurahkan kreativiti masing-masing untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan staf yang sudi meluangkan masa untuk TIBB kali ini. Tidak lupa juga kepada En. Fauzi bin Abidin selaku Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) dan Pn. Norrol Asikin selaku Ketua Unit Taska yang sudi meluangkan masa. Insya Allah, pihak Taska akan mengadakan TIBB seterusnya untuk kanak-kanak 2 & 3 tahun dalam masa terdekat ini.

Di bawah adalah antara gambar semasa TIBB tersebut. Gambar-gambar lain akan dimasukkan ke FB Taska seperti biasa (lebih 150 keping).



























Monday, February 20, 2012

Pengumuman: Program TIBB Siri 1/2012 (Kanak-kanak 4 Tahun Sahaja)

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Taska Darul Hannan akan mengadakan Program Taska bersama Ibubapa Siri 1/2012 (untuk kanak-kanak berumur 4 tahun sahaja) pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 Tgh Hari
Tempat : Taska Darul Hannan
Masjid Wilayah Persekutuan
Jalan Duta, Kuala Lumpur
Bayaran : RM 5.00


9.00 - 9.30 pagi : Ketibaan Para Ibu bapa
9.30 – 10.00 pagi : Sarapan Pagi
10.00 – 10.10 pagi : Taklimat Program
10.00 -10.30 pagi : Aktiviti 1 : Penyediaan Sandwich
10.35 -11.15 pagi : Aktiviti 2 : ‘Art and Craft’ ( Cat Door Hanger )
11.15 – 11.30 pagi : Bersurai


Tajuk : “Membuat Sandwich”

Bahan-bahan (Disediakan oleh pihak Taska) :

1. Roti Sandwich
2. Marjerin
3. Tuna
4. Mayonis
5. Timun

Peralatan (Disediakan oleh ibu bapa) :

1. Pisau
2. Alas Pemotong
3. Penekap Sandwich Pelbagai Bentuk ( Jika Ada )
4. Pembakar Roti ( Jika Ada )


Tajuk : “Cat Door Hanger”

Bahan-Bahan (Disediakan oleh pihak Taska) :

1. Pinggan kertas
2. Manila Kad
3. Water Color
4. Kertas Warna
5. Marker Pen
6. Gam
7. Gunting
8. Berus Warna

Thursday, February 16, 2012

Lawatan ke Pusat Sains Negara: Actroid

Bersiap sediapakai kasut untuk menaiki van
Antara yang mengikuti lawatan kali ini

Taman pendidikan Sains yang banyak mendedahkan kanak-kanak pada dunia Sains sambil bermain
Kamalia bergambar dalam telur gergasi
Piano yang cukup buat kanak-kanak dan cikgu sama-sama teruja untuk mencubanya

Terujanya kanak-kanak TDH lihat robot Actroid bergerak dan bercakap seperti manusia


Burung ni cantiklah. Bagi saya pinjam sekejap
Bergambar di hadapan robot
Mari sini cikgu tolong angkat robot ni
satu..dua...tiga..lompat
robot dan kanak-kanak memang tak boleh dipisahkan
peace...kami semua dah sampai kat Pusat Sains Negara
Taska Darul Hannan telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN) pada 15 Februari 2012 (Rabu). Seramai 12 orang kanak-kanak TDH berumur 4 tahun telah mengikuti lawatan kali ini dan diiringi oleh 6 orang guru. Antara yang menarik di PSN ialah pameran robot actroid, laluan ke terowong akuarium, taman pendidikan sains dan pelbagai pameran berkaitan dunia sains. Lawatan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada guru dan kanak-kanak mengenai dunia sains secara tiga dimensi (3D) selain memenuhi tema pembelajaran pada bulan ini.

Friday, February 3, 2012

Kursus Modul Alimkids Playgroups

Bergambar kenangan dengan Farah Bagaikan Puteri (gambar sedikit kabur...)
Peserta sedang kusyuk mendengar idea yang dikongsikan oleh Farah
Senyuman dari cikgu fizah yang sedang demam masa ni....

Hasil kolaj epal yang diajar oleh Pn. Effa

Antara hasil dari Pn Effa bersama playgroup beliau

Cantikkan?
Alat-alat yang dicadangkan oleh Pn Effa utk aktiviti kreatif
Kad sempena hari bapa yang cukup simple tapi menarik

Bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidik Taska Darul Hannan di samping mendedahkan mereka kepada pengajaran Kaedah Khalifah iaitu menekankan konsep Belajar Sambil Bermain di samping menghayati kebesaran Ilahi, pihak Taska telah menghantar beberapa pendidik mengikuti Kursus Modul Alimkids Playgroups. Kursus tersebut telah diadakan dari 14 Jan 2012 hingga 15 Jan 2012.

Antara yang memberi latihan kepada peserta selain staf Alimkids ialah Puan Farah (Bagaikan Puteri). Semoga pendedahan yang diberikan oleh semua tenaga pengajar akan dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah, kursus dan latihan berterusan akan diteruskan bersama Alimkids. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan semua peserta.