Bergambar kenangan dengan Farah Bagaikan Puteri (gambar sedikit kabur...)
Peserta sedang kusyuk mendengar idea yang dikongsikan oleh Farah
Senyuman dari cikgu fizah yang sedang demam masa ni....
Hasil kolaj epal yang diajar oleh Pn. Effa
Antara hasil dari Pn Effa bersama playgroup beliau
Cantikkan?
Alat-alat yang dicadangkan oleh Pn Effa utk aktiviti kreatif
Kad sempena hari bapa yang cukup simple tapi menarik
Bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidik Taska Darul Hannan di samping mendedahkan mereka kepada pengajaran Kaedah Khalifah iaitu menekankan konsep Belajar Sambil Bermain di samping menghayati kebesaran Ilahi, pihak Taska telah menghantar beberapa pendidik mengikuti Kursus Modul Alimkids Playgroups. Kursus tersebut telah diadakan dari 14 Jan 2012 hingga 15 Jan 2012.
Antara yang memberi latihan kepada peserta selain staf Alimkids ialah Puan Farah (Bagaikan Puteri). Semoga pendedahan yang diberikan oleh semua tenaga pengajar akan dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah, kursus dan latihan berterusan akan diteruskan bersama Alimkids. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan semua peserta.
No comments:
Post a Comment