Monday, February 27, 2012

Program Taska Bersama Ibu Bapa (TIBB Siri 1/2012)

Alhamdulillah...akhirnya program pertama Taska Darul Hannan bersama ibu bapa untuk siri pertama pada tahun ini berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu baru-baru ini (25/2/2012). Tumpuan TIBB Siri 1/2012 ini adalah untuk kanak-kanak berumur 4 tahun. Seperti yang telah dirancang, dua aktiviti menarik telah diadakan iaitu membuat sandwich serta art&kraf. Pelbagai gelagat dan idea yang menarik telah dikongsi oleh semua ibu bapa dan kanak-kanak. Selain dapat mengeratkan hubungan akrab antara ibu bapa , staf dan kanak-kanak, aktiviti ini juga dapat menjadi medium untuk berkongsi pengalaman dan mencurahkan kreativiti masing-masing untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan staf yang sudi meluangkan masa untuk TIBB kali ini. Tidak lupa juga kepada En. Fauzi bin Abidin selaku Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI) dan Pn. Norrol Asikin selaku Ketua Unit Taska yang sudi meluangkan masa. Insya Allah, pihak Taska akan mengadakan TIBB seterusnya untuk kanak-kanak 2 & 3 tahun dalam masa terdekat ini.

Di bawah adalah antara gambar semasa TIBB tersebut. Gambar-gambar lain akan dimasukkan ke FB Taska seperti biasa (lebih 150 keping).



























No comments:

Post a Comment