Monday, November 21, 2011

Ultraman datang ke TDH

Kek idaman Putera Iman bertemakan Ultraman
Besday boy seronok di hari jadinya sebab dapat sambut dengan rakan-rakan
Ibubapa Putera Iman sudi meluangkan sedikit masa untuk anakanda kesayangan
Kanak-kanak tak sabar nak merasa kek secret nan sedap tu
Wajah-wajah ceria bercampur terkejut
Kanak-kanak meriah dengan taburan kertas berwarna-warni yang dilepaskan
Bergambar kenangan dengan rakan-rakan sebaya dan ibubapa
Putera Iman ceria bersama kanak-kanak lain

Wednesday, November 2, 2011

Majlis Ihtifal TDH 2011

Slide majlis ihtifal
Dr. Muhammad Yamin, Pn Norihan dan Pn Norrol Asikin antara tetamu yang hadir
Tetamu sedang menunggu acara seterusnya
Kanak-kanak 4 tahun teruja untuk memulakan pertandingan
Pertandingan Puzzle untuk kanak-kanak 4 tahun
Persembahan kanak-kanak 4 tahun
Tersenyum lega selepas tamat persembahan
Antara tetamu yang hadir
Adik Zairel penerima hadiah Tokoh Kanak-Kanak Darul Hannan
Si comel Yana pemenang tempat kedua pertandingan lacing
Persembahan dari kanak-kanak berumur 3 tahun
Semua gembira menerima hadiah masing-masing
Cikgu Fizah dan Cikgu Susni penerima hadiah Guru Dedikasi
Kanak-kanak 4 tahun dan staf bergambar kenangan dengan CEO MAIWP

Majlis Ihtifal Taska Darul Hannan 2011 telah disambut pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bertempat di Taska Darul Hannan, Masjid Wilayah. Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan kanak-kanak berumur 4 tahun yang bakal menamatkan pendidikan awal kanak-kanak hujung tahun ini serta mengasah bakat kanak-kanak melalui pertandingan dan persembahan yang diadakan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP iaitu Dr. Muhammad Yamin bin Muhammad serta isteri, Pn Norihan Bt Mohd Noor. Pelbagai anugerah untuk kanak-kanak, ibubapa dan guru diadakan. Kali ini, pihak Taska juga menyediakan beberapa cabutan bertuah bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh semua pihak terutama ibubapa, kanak-kanak dan staf Darul Hannan. Pihak Taska Darul Hannan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ihtifal ini.

Kepada yang ingin melihat persembahan kanak-kanak 4 tahun, boleh LIHAT DI SINI.
Di bawah pula ialah slide aktiviti kanak-kanak 2 tahun yang dikumpulkan sepanjang 2011