Peraturan Taska

1. Waktu Operasi


1.1 Taska dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

1.2 Taska beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.

1.3 Ibu/Bapa/Penjaga hendaklah memaklumkan kepada Penyelia Taska sebelum jam 3.00 petang sekiranya ingin mengambil anak lewat dari jam 5.30 petang dan kelewatan ini hanya terhad sehingga jam 6.00 petang sahaja.


2. Kehadiran

2.1 Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih semasa tiba di Taska. (Cth: mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur (pijama) tidak dibenarkan. Kanak-kanak yang tidak mandi sama sekali tidak akan dimandikan sehingga tiba waktu mandi petang.

2.2 Ibu/Bapa/Penjaga perlu menyediakan sebotol susu untuk diminum oleh anak anda pada waktu pagi.

2.3 Ibu/Bapa/Penjaga hendaklah menghantar atau mengambil anak-anak mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang kelewatan atau sebaliknya akan dikenakan bayaran lebih masa (OT).

2.4 Bayaran lebih masa (OT) sebanyak RM10.00 / sejam (secara terkumpul) untuk setiap seorang akan dikenakan kepada Ibu/Bapa/Penjaga yang lewat mengambil anak dari Taska (selepas 5.30 petang).

2.5 Hanya Ibu/Bapa/Penjaga sahaja yang dibenarkan mengambil anak mereka dari Taska.

2.6 Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan mewakilkan orang lain untuk mengambil anak mereka kecuali memaklumkan terlebih dahulu kepada Penyelia Taska.

2.7 Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan penyelia Taska jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke Taska pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.

2.8 Kanak-kanak yang dikenalpasti menghidap penyakit berjangkit hendaklah DICUTIKAN dari Taska. Penyakit-penyakit berjangkit adalah seperti berikut:

a) Mums (Beguk)

b) Chicken Pox (Cacar Air)

c) Measles (Campak)

d) Conjunctivities (Sakit Mata)

e) Penyakit-penyakit lain yang ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit.

2.9 Ibu/Bapa/Penjaga perlu mendapat pengesahan doktor bahawa anak mereka telah benar-benar sihat dan boleh dibawa ke Taska sekiranya status penyakit anak masih diragui oleh pihak Taska.

2.10 Bagi kanak-kanak yang bercuti lebih daripada satu bulan tanpa memaklumkan dan tanpa membayar yuran Taska adalah dianggap telah berhenti dan permohonan semula terpaksa dilakukan sekiranya ingin masuk ke Taska semula.


3. Bayaran Yuran

3.1 Bayaran yang perlu dijelaskan oleh ibubapa ialah:-

a. Yuran Pendaftaran (Tahunan) RM 30.00

b. Yuran Bulanan (untuk setahun ke atas ) RM 150.00

3.2 Bayaran yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum perkhidmatan taska diberikan. Bayaran perlu diserahkan kepada Penyelia sebelum atau pada 7hb setiap bulan.

3.3 Bayaran yuran tahunan perlu dijelaskan pada setiap bulan Disember setiap tahun.

3.4 Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada pihak Taska dan yuran yang telah dijelaskan tidak boleh dikembalikan.

3.5 Tiada pengecualian pembayaran atau potongan yuran jika anak tidak hadir ke Taska dalam sesuatu masa.


4. Hubungan

4.1 Ibu/Bapa/Penjaga hendaklah sentiasa menjaga imej atau nama baik Taska.

4.2 Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan agar sentiasa menghubungi pihak Taska untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.

4.3 Ibu/Bapa/Penjaga dipelawa untuk berbincang dan bertolak ansur sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

4.4 Pihak Taska sentiasa bersedia menerima sebarang teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan demi mempertingkatkan lagi imej Taska.


5. Kelengkapan anak

5.1 Ibu/Bapa/Penjaga perlu menyediakan kelengkapan untuk anak mereka SECARA HARIAN seperti berikut:

a. Bekalan susu.

b. Bekalan lampin pakai buang.

c. Botol susu.

d. Alatan mandi (ubat gigi, berus gigi), sikat dan bedak.

e. Tuala mandi dan sapu tangan (ditandakan nama dan perlu dibawa pulang untuk dicuci pada setiap hujung minggu).

f. Tiga (3) pasang pakaian

g. Bantal dan kain selimut (akan dipulangkan untuk dicuci

setiap hujung bulan).

h. Beg plastik untuk pakaian kotor.

i. Ubat (jika ada).

(Sila labelkan nama anak anda pada setiap keperluan tersebut)


6. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan

6.1 Sila maklumkan Penyelia Taska satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kami dengan mengisi borang berhenti.


7. Lain-lain

7.1 Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki ruang dalam dan dapur Taska tanpa kebenaran dari Penyelia / Pendidik Taska.

7.2 Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar di kawasan luar Taska dalam waktu operasi Taska kecuali atas sebab yang penting. Ibu/Bapa/Penjaga juga tidak dibenarkan menunggu di dalam Taska selepas mengambil kanak-kanak dari Taska.

7.3 Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki menyedia dan membawa makanan(sarapan pagi) pada setiap hari KHAMIS setiap minggu kerana pihak Taska tidak menyediakan sarapan pada hari tersebut. Ini selaras dengan galakkan Program Pemakanan Sihat untuk keluarga.

7.4 Makanan yang dibeli dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibeli dari luar.

7.5 Kanak-kanak dilarang membawa permainan / buku pesendirian atau alatan merbahaya untuk tujuan ketenteraman dan keselamatan di dalam Taska.

7.6 Kanak-kanak juga dilarang memakai barang kemas semasa di dalam Taska.

7.7 Sekiranya kanak-kanak sakit atau berlaku kecemasan;

i) Pihak Taska akan segera menghubungi Ibu/Bapa/Penjaga.

ii) Pihak Taska akan membawa anak mereka ke klinik berdekatan sekiranya keadaan memerlukan.

iii) Segala kos perubatan akan ditanggung oleh Ibu/Bapa/Penjaga

7.8 Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pendidik/Pembantu Pendidik Taska.

7.9 Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia Taska jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).

7.10 Sekiranya Ibu/Bapa/Penjaga memerlukan maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, yuran tahunan, caj bulanan, dan bayaran lebih masa, sila rujuk kepada Penyelia Taska.

7.11 Pihak Taska berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan Taska. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.