Wednesday, August 25, 2010

Hari Kebangsaan

Saya nak warnakan lukisan ni dengan warna merah dulu!

Hampir siap dah ni.....

Syoknya dapat warna lukisan ni!

Seminggu lagi Hari Kebangsaan yang ke-53 akan tiba. Kanak-kanak diberi pendedahan tentang maksud merdeka. Tindak balas yang diberikan oleh kanak-kanak ini tentang "Merdeka" amat baik. Sehinggakan setiap kali ternampak bendera Malaysia, mereka akan menjerit perkataan Merdeka! Apabila diberi lukisan bendera Malaysia untuk diwarnakan, semua seakan tidak sabar. Dengan bimbingan daripada para pendidik, kanak-kanak mewarnakan lukisan tersebut dengan baik mengikut warna yang sesuai.

Thursday, August 12, 2010

Kemahiran Motor Halus

Kenapalah susah sangat saya nak masukkan dalam tali ni cikgu???

Yeh! Saya berjaya cikgu

Tengok ni, saya orang pertama yang siapkannya cikgu

Ish! Bantulah saya cikgu

Tersenyum bila berjaya melakukannya

Untuk melihat kemahiran motor halus kanak-kanak, pendidik memberikan seutas tali dengan beberapa biji bentuk dari plastik yang pelbagai warna. Mereka diberi masa tertentu untuk memasukkan semua bentuk plastik tersebut melalui tali yang dibekalkan. Walaupun nampak mudah, tidak semua kanak-kanak dapat memasukkan bentuk-bentuk plastik tersebut dengan baik tanpa bantuan pendidik.

Saturday, August 7, 2010

Mari Belajar Bahasa Arab

Pendidik menyanyi sambil memperkenalkan anggota badan dalam Bahasa Arab

Kanak-kanak seronok menyanyi bersama

Syakrun ialah rambut....

Bahasa Arab antara subjek yang terdapat dalam jadual aktiviti Taska Darul Hannan. Namun, ia kami lebih tekankan pada kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun. Antara cara yang kami gunakan untuk sampaikan ilmu ini ialah melalui nyanyian. Untuk permulaan, pendidik mengajar kanak-kanak mengenali anggota badan seperti rambut, mata, telinga dan lidah. Kanak-kanak kelihatan begitu gembira menyanyi lagu "rekaan sendiri pendidik" ini. Kanak-kanak berumur dua tahun juga dapat mempelajarinya secara tidak langsung ketika kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun menyanyikannya.

Wednesday, August 4, 2010

Imam Muda Datang Lagi

Dikelilingi oleh anak-anak comel Taska

Imam Muda melayan soalan-soalan cepumas kanak-kanak

Sempat mengajar huruf-huruf Hijai'ah

Kakitangan Taska pun nak bergambar juga...

Kali pertama Imam Muda datang ke Taska Darul Hannan Masjid Wilayah ialah pada 1 Julai dulu iaitu sempena ulangtahun pertama Taska. Kali ni Imam Muda datang lagi buat kali kedua selepas tamatnya rancangan Imam Muda di Astro. Anak-anak taska memang seronok bila tetamu khas ini datang (walaupun secara mengejut) hinggakan tak menang tangan Imam Muda melayan mereka. Kami bagi pihak Taska ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian beliau datang ke Taska ini.