Friday, September 14, 2012

Merdeka Raya 2012

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, beberapa aktiviti berkaitan telah diaksanakan oleh pihak Taska. Antaranya ialah membuat kraf bertema Merdeka Raya serta mewarna bendera Malaysia bersaiz besar. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba sendiri menerokai warna-warna yang diberi mengikut cara tersendiri.















Thursday, September 13, 2012

Majlis Hari Raya TDH 2012

Majlis Hari Raya Taska 2012 telah diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini (8/9/12). Dengan diketuai oleh Ustaz Abdul Halim, satu Majlis Bacaan Yassin yang menjadi tradisi Taska Darul Hannan juga telah diadakan. Selain itu, kanak-kanak yang menyambut hari lahir untuk bulan Julai - September turut diraikan.


















Monday, July 9, 2012

Lawatan ke Taman Botani

Ini merupakan program lawatan yang terakhir buat Taska Darul Hannan untuk tahun 2012. Kali ini, TDH memilih tempat yang santai iaitu Taman Botani, Tasik Perdana serta Tugu Negara. Seawal 9.00 pagi, bas MAIWP teah bertolak menuju ke Taman Botani. Disebabkan hari bekerja, cuma kanak-kanak dan staf TDH sahaja yang ada di taman tersebut :). Selain pelbagai alat permainan yang disediakan, taman ini juga mempunyai banyak tempat untuk dilawati.

Kemudian, kami menuju ke Tugu Negara yang berhadapan dengan Tasik Perdana. Tidak banyak air pancut yang dibuka pada hari bekerja. Namun, tujuan utama bagi memperkenalkan kanak-kanak tentang Tugu Negara tidak mencacatkan lawatan kami. Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian gelagat kanak-kanak dan warga TDH ketika lawatan tersebut. Semoga TDH dapat terus menganjurkan program lawatan pada masa akan datang. Insya Allah.

Macam biasa, kanak-kanak akan beratur sebelum naik bas tajaan MAIWP :)
Bye semua! saya pergi dulu ye
Beratur menuju ke Taman Botani nan luas tu
Lawatan terakhir untuk tahun 2012
Eh! mulut harimau ni boleh keluarkan air
Aktiviti kegemaran kanak-kanak 4 tahun mestilah panjat memanjat!
Dinasaur Park Taman Botani
Hai...saya dah panjat dulu
Cikgu, amik gambar Aidan dgn Eisya kejap
Jom kita panjat gelongsor ni
Ilham dan Ziyad memang suka aktiviti main kejar-kejar
Kat taska ada taman tapi buaian tiada. Maka, teramatlah terujanya kanak-kanak TDH dengan buaian ni
Hai Eisya....
Tingginya. Aidan nak panjat juga!
Yey! Haziq boleh panjat sampai atas
Bukan kata kanak-kanak, staf pun teruja tengok taman permainan kat sini
Klasik je bila bergambar kat sini :)
Kanak-kanak memang suka air!
Santai dulu...
Semua berlari-lari ikut cikgu Zai ke tepi tasik
Antara air pancut yang terpasang. Tak banyak yang dipasang pada hari bekerja
Semua tak sabar nak tengok sampan lebih dekat
Hah! banyak soalan cikgu kena jawab pasal sampan ni. Mungkin pertama kali kanak-kanak ni lihat agaknya
Berehat sebentar dengan vitagen
Kanak-kanak teruja melihat kecantikan pemandangan sekitar Tasik Perdana
Sukanya dia
Apalah yang cikgu cakapkan pada Haziq agaknya
Sempat bergambar di pintu gerbang masuk ke Tugu Negara
Jom masuk cepat!
Bergambar dengan berlatar belakangkan Tugu Negara
Hati-hati turun tangga tu
Cikgu menerangkan tentang Tugu Negara kepada kanak-kanak