Friday, June 22, 2012

Lawatan Ke Kilang Beryl's Chocolate dan Muzium



































Ini merupakan lawatan yang ketiga buat kanak-kanak Taska Darul Hannan (TDH) untuk 2012. Lawatan yang telah diadakan pada 20 Jun 2012 (Rabu baru-baru ini) melibatkan 20 orang kanak-kanak berumur 3 & 4 tahun. Kali ini TDH memilih lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate yang terletak di Seri Kembangan.

Kami sampai tepat jam 9.00 pagi seperti yang dijadualkan. Selepas menonton bagaimana coklat dihasilkan, semua kanak-kanak dibawa melawat sekitar kilang. Sayangnya, kami tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar sekitar dalam kilang tertutup tersebut. Kemuadian, kami terus bergambar dan membeli coklat sebagai buah tangan kanak-kanak yang melawat kilang coklat. Selepas melihat rombongan dari sekolah lain sampai, kami bergerak dahulu bagi mengelakkan kanak-kanak TDH bercampur dengan kumpulan rombongan yang lain.

Disebabkan masih ada masa, kami singgah di Muzium bagi melihat Sejarah Mempertahankan Diri Jepun (The Spirit of Budo). Masuk adalah percuma. Kanak-kanak kelihatan teruja sangat melihat alat senjata dan pakaian seni mempertahankan diri yang agak unik. Sebelum itu, kanak-kanak dibawa melihat kenderaan-kenderaan tradisional dan nasional yang dipamerkan di bahagian luar. Semua kanak-kanak akhirnya selamat sampai di TDH sekitar 11.30 pagi. Terima kasih kepada yang terlibat.

Wednesday, June 6, 2012

Lawatan ke Taska Adni (Ampang Ukay)














Pada 24 Mei baru-baru ini, semua staf Taska Darul Hannan (TDH) telah membuat lawatan ke Taska Hadhonah sebagai susulan Kursus IHES yang telah diadakan pada 19-20 Mei lepas. Taska Hadhonah merupakan permulaan kanak-kanak mendapat didikan dan asuhan sebelum menyambung pendidikan pra sekolah di Taska Adni. Kami telah disambut oleh penyelia Taska Hadhonah iaitu Pn Azlila Hanita. Pelbagai perkara telah dikongsikan dengan staf TDH mengenai perlaksanaan dan pengurusan Hadhonah.

Kemudian, kami dibawa melawat semua tempat di dalam Taska Hadhonah bagi melihat konsep dan pendekatan yang digunakan oleh semua pendidik di Hadhonah. Pihak TDH mengucapkan ribuan terima kasih kepada Taska Hadhonah kerana sudi meluangkan masa untuk semua

Tuesday, June 5, 2012

Kursus IHES (Integrated Holistic Education System) Siri 1/2012

TDH lagi sekali telah mengadakan Bengkel Memperkasa Pendidikan Awal Kanak-kanak Siri 1/2012 pada 19 – 20 Mei 2012 bertempat di Bilik Seminar, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bengkel yang dihadiri oleh 30 orang Ketua Guru Tadika Islam dan 10 orang pendidik dari Taska ini telah dibimbing oleh Pengasas Tadika Adni sendiri. Insya Allah akan diadakan lagi kursus berkaitan pada masa akan datang.