Tuesday, April 3, 2012

TIBB Siri 2/2012 I Membuat Kek

Ini merupakan Program Bersama Ibu Bapa (TIBB) kali kedua untuk tahun 2012 bagi Taska Darul Hannan. Kali ini, ia melibatkan kanak-kanak berumur 2 & 3 tahun. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 31 Mac 2012 (Sabtu) baru-baru ini. Program TIBB kali agak istimewa kerana pihak Taska cuba berkongsi dengan ibu bapa cara membuat doh sendiri (yang boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan di dalam peti ais), yang telah dipelajari oleh staf yang hadir di kursus KAAK (Kursus Asuhan Kanak-Kanak) sebelum ini. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama. Bahan-bahan dan cara membuat doh juga kami sertakan di bawah.























Bahan-Bahan Doh Lembut/Cair
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
1 cawan air panas
Pewarna

Cara-cara
Larutkan garam dengan air panas hingga hancur.
Setelah garam hancur, masukkan sedikit pewarna ke dalam larutan garam tadi.
Masukkan larutan garam berwarna tadi ke dalam tepung dan kacau hingga sebati.


Bahan-Bahan Doh Keras
2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil krim tar tar
1 cawan garam halus
1 cawan air panas
4 sudu minyak masak
Pewarna

Cara-cara
Campurkan tepung dan krim tar tar, gaul dan ketepikan.
Larutkan garam dengan air panas hingga hancur.
Setelah garam hancur, masukkan minyak dan sedikit pewarna ke dalam larutan garam tadi.
Masukkan larutan garam berwarna tadi ke dalam tepung dan uli hingga lembut.