Tuesday, September 27, 2011

Bengkel Seni Urus Tingkah Laku Kanak-Kanak

Satu bengkel berkaitan pengurusan tingkah laku kanak-kanak telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIWP pada 24 September 2011 (Sabtu) bertempat di bangunan Perkim. Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari staf Taska Darul Hannan dan Tadika MAIWP telah mengikuti bengkel tersebut. Terima kasih kepada penceramah jemputan kali ini iaitu Pn Suhaili Binti Ikhsan dan Pn. Surayah Binti Zaidon.

Ice-breaking dimulakan dengan nyanyian dan tarian lagu "Hello"
Slot 1 yang telah dibentangkan oleh Pn Surayah menyentuh tentang ciri-ciri tingkah laku mengikut usia serta jenis-jenis tingkah laku
Peserta sedang mencipta lagu berkaitan tingkah laku kanak-kanak
Taska mendapat tema "Lagu Jangan Bising"
Perserta sedang menyanyikan lagu ciptaan mereka
Sikap "sporting" peserta terserlah semasa menyanyikan lagu mereka
Lagu tema "Jangan Bising" dari kumpulan 6. Lagu ini menggunakan irama "Burung Kakak Tua"
Taska juga mendapat tema "Lagu Jangan Bising", menggunakan irama rancak "Selamat Pengantin Baru".
Lagu tema "Mengemas Permainan" dari Kumpulan 1 menggunakan irama "Kalau Anda Gembira"
Kumpulan 2 mendapat lagu tema "Mari Kita Basuh Tangan Bersih". Kumpulan ini menggunakan irama "Old Mc Donald"
Lagu tema "Mengemas Permainan"
Lagu tema "Naik Tangga" yang menggunakan irama "Bangun Pagi"

Tuesday, September 13, 2011

Aktiviti Sepanjang Tema Haiwan















Saturday, September 10, 2011

Majlis Hari Raya 2011

Pn Norrol Asikin memberi kata-kata aluan dan taklimat berkaitan Taska
Hidangan yang pelbagai sumbangan dari staf dan ibubapa
Semuanya tengah meriah menjamu selesa
Biskut dan kuih raya
Sushi antara hidangan yang ada
Pn Mastura dan anak-anak seronok menjamu selera
Sedapnya nasi lemak tu. Lagi sedap makan masa tengah hujan (semasa majlis, hujan sedang turun)
Sate dan rendang...
Majlis sambutan hari lahir untuk warga Darul Hannan yang sambut hari jadi untuk bulan Julai-September
Nak bawak mana nasi lemak banyak-banyak tu cikgu Su?
Semua cikgu teruja tengok adik kembar Adam

Terima kasih kepada semua ibubapa dan staf yang sudi datang ke majlis sambutan hari raya dan hari lahir Taska Darul Hannan kali ni. Kami juga berbesar hati atas kesudian semua yang membawa pelbagai kuih-muih, minuman dan hidangan yang lain. Insya Allah, kita akan adakan majlis seperti ini lagi pada tahun-tahun akan datang. Maaf atas kekurangan dan kesilapan yang ada....