Satu bengkel berkaitan pengurusan tingkah laku kanak-kanak telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIWP pada 24 September 2011 (Sabtu) bertempat di bangunan Perkim. Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari staf Taska Darul Hannan dan Tadika MAIWP telah mengikuti bengkel tersebut. Terima kasih kepada penceramah jemputan kali ini iaitu Pn Suhaili Binti Ikhsan dan Pn. Surayah Binti Zaidon.
Ice-breaking dimulakan dengan nyanyian dan tarian lagu "Hello"
Slot 1 yang telah dibentangkan oleh Pn Surayah menyentuh tentang ciri-ciri tingkah laku mengikut usia serta jenis-jenis tingkah laku
Peserta sedang mencipta lagu berkaitan tingkah laku kanak-kanak
Taska mendapat tema "Lagu Jangan Bising"
Perserta sedang menyanyikan lagu ciptaan mereka
Sikap "sporting" peserta terserlah semasa menyanyikan lagu mereka
Lagu tema "Jangan Bising" dari kumpulan 6. Lagu ini menggunakan irama "Burung Kakak Tua"
Taska juga mendapat tema "Lagu Jangan Bising", menggunakan irama rancak "Selamat Pengantin Baru".
Lagu tema "Mengemas Permainan" dari Kumpulan 1 menggunakan irama "Kalau Anda Gembira"
Kumpulan 2 mendapat lagu tema "Mari Kita Basuh Tangan Bersih". Kumpulan ini menggunakan irama "Old Mc Donald"
Lagu tema "Mengemas Permainan"
Lagu tema "Naik Tangga" yang menggunakan irama "Bangun Pagi"
No comments:
Post a Comment