Wednesday, September 29, 2010

Besday Taska Jul-September 2010

Cantik tak background ni?

Peace.....

Pendidik dan anak-anak Darul Hannan meriah bergambar

Ust. halim sempat meluangkan masa bersama kanak-kanak

Sama bergaya

Antara makanan yang dibawa oleh ibubapa dan staf

Fresh from oven ibu Rayyan!

Sumbangan dari ibu Sufiyah....

Wow! Sedapnya

Lima biji kek! Memang best

Hepi besday cikgu ila...

Adik Aqil & cup cake yang comel macam dia

Meriahnya warna kek adik Ziyad

Senyuman manis adik Sufiyah

Inilah besday girl, boy and lady....
Kali ni lagi sekali Taska Darul Hannan menyambut ulangtahun kanak-kanak dan staff yang lahir pada bulan Jul-September. Dengan lima biji kek yang pelbagai rupa dan rasa, memang meriah sungguh. Terima kasih kami ucapkan pada semua ibubapa dan staf yang sudi membawa pelbagai makanan dan minuman. Hari Sabtu ni (2/10/10) kita jumpa lagi ye....

Tuesday, September 28, 2010

P.E.N.G.U.M.U.M.A.N P.E.N.T.I.N.G

Sempena bulan Syawal ini, pihak Taska akan mengadakan MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI seperti maklumat berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi -12 tengahari
Tempat: Taska Darul Hannan Masjid Wilayah
Menu Utama: Spagetti

Antara agenda yang akan diadakan ialah majlis bacaan Yassin, taklimat peraturan taska terbaru (menandatangani surat akujanji) dan pengedaran borang Pembaharuan Kemasukan Taska 2011. Kehadiran ibubapa adalah penting sebagai menunjukkan minat untuk meneruskan kemasukan anak ke Taska Darul Hannan pada tahun berikutnya.

Ibubapa dan kakitangan taska diminta untuk membawa surah Yassin. Ibubapa dan kakitangan juga amat dialu-alukan untuk membawa sebarang port luck sempena majlis hari raya tersebut. Sekian.

Menguji Motor Halus Kanak-Kanak

Aktiviti waktu petang. Cikgu mengeluarkan mainan baru untuk kanak-kanak, jadi kanak-kanak boleh menunjukkan kemahiran mereka. Aktiviti ini sangat bagus untuk meningkatkan keyakinan diri dan berkomunikasi antara cikgu dan kanak-kanak.

Cikgu Fiza tengah memberi arahan kepada kanak-kanak.


Usaha tangga kejayaan! (mungkin inilah dialog yang Ashraf dan Mus'ab katakan)



Yeahh! Lihatlah cikgu..Akhirnya kami dah siap. Anak-anak Cikgu bangga dengan aktiviti yang mereka buat.


Cikgu ! Farah pun nak glamour juga..




Tuesday, September 14, 2010

Doa Harian 1

Lokasi Taska ini terletak di dalam Masjid Wilayah. Ini antara doa harian yang perlu kita tahu:

Doa masuk masjid

Maksudnya:
"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu"



Doa keluar dari masjid

Maksudya:
"Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam"

Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri...


Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Kami warga Taska Darul Hannan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ibubapa dan pembaca blog serta anak-anak Taska Darul Hannan. Maaf kami pinta jika ada salah dan silap terutama perkara-perkara yang kami tidak sengajakan. Sesungguhnya kami juga manusia biasa....

Saturday, September 4, 2010

Mari Menulis

Cikgu menerangkan huruf-huruf baru dan membuat ulangkaji

Betul ke cara saya tulis ni cikgu?

Senang je ni cikgu...

Eh! Kenapa lain macam je saya tulis ni? Pensel patah rupa-rupanya

Kali ni kanak-kanak berumur 3-4 tahun diajar cara menulis huruf "ta" dan "tha". Dalam masa yang sama, sesi ulangkaji pelajaran terdahulu juga dilakukan. Selepas semuanya dapat menulis huruf-huruf yang baru dipelajari, kuiz dilakukan. Caranya mudah. Kanak-kanak yang dapat menjawab soalan dari guru akan diberi ganjaran melihat ikan di kolam.

Memang seronok kerana masing-masing berlumba untuk menjawab soalan. Dalam masa yang sama, kanak-kanak juga seolah-olah membuat latih tubi atau sesi ulangkaji mengenal huruf yang baru diperkenalkan.

Thursday, September 2, 2010

Seronoknya Bermain Dengan Warna!

Antara hasil kanak-kanak

Kanak-kanak menampal kapas dahulu ke atas kertas lukisan

Dah siap! Tak sabar nak mewarna ni

Saat paling seronok buat kanak-kanak

Walaupun comot, kanak-kanak dapat belajar sesuatu yang baru

Rasanya telah lama kanak-kanak tidak bermain dengan warna air. Bila para pendidik meletakkan peralatan mewarna, kanak-kanak menjerit kesukaan. Nampak agak mudah tapi sebenarnya tidak mudah. Terutama ketika sesi mewarna. Kanak-kanak perlu dibimbing cara yang betul untuk mewarna atas kapas yang telah ditampal pada kertas lukisan.

Bagi memudahkan kanak-kanak, mereka diberi pilihan untuk mewarnakannya menggunakan berus atau span. Apa yang pasti, semuanya tersenyum apabila hasil mereka ditampal di sudut kreatif.

Buat Kad Raya

Pelbagai corak dan warna dapat dilihat melalui kad Hari Raya yang dibuat oleh kanak-kanak berumur 3-4 tahun

Antara hasil kreatif kanak-kanak yang dapat dilihat

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, kanak-kanak Taska Darul Hannan diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing untuk membuat sekeping kad Hari Raya. Bertemakan warna-warni, mereka diberi pilihan untuk menggunakan riben, warna krayon dan gam glitters bagi membuat kad. Dalam masa yang sama, sifat kreatif dan kemahiran motor halus kanak-kanak semasa mengendalikan peralatan yang disediakan juga dapat dilihat.