Tuesday, September 28, 2010

P.E.N.G.U.M.U.M.A.N P.E.N.T.I.N.G

Sempena bulan Syawal ini, pihak Taska akan mengadakan MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI seperti maklumat berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi -12 tengahari
Tempat: Taska Darul Hannan Masjid Wilayah
Menu Utama: Spagetti

Antara agenda yang akan diadakan ialah majlis bacaan Yassin, taklimat peraturan taska terbaru (menandatangani surat akujanji) dan pengedaran borang Pembaharuan Kemasukan Taska 2011. Kehadiran ibubapa adalah penting sebagai menunjukkan minat untuk meneruskan kemasukan anak ke Taska Darul Hannan pada tahun berikutnya.

Ibubapa dan kakitangan taska diminta untuk membawa surah Yassin. Ibubapa dan kakitangan juga amat dialu-alukan untuk membawa sebarang port luck sempena majlis hari raya tersebut. Sekian.

2 comments:

  1. thanks kerana menganjurkan majlis yg sungguh bermanfaat...
    makanan pun sedap2...

    next time,kena consider pakai microphone..tak la ust.halim, pn zaiton dll kena menjerit bila bercakap..
    maklumlah, anak2 semua sungguh aktif & "meriah'...hehehe...

    keep up your good work...
    thumbs up for you all...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen yang diberi. Kami pun memang nampak kelemahan yang sama. Insya Allah kami akan cuba ambil tindakan yang lebih baik untuk majlis akan datang ye

    ReplyDelete