Syarat Kemasukan

Taska Darul Hannan (TDH) terbuka kepada orang ramai yang berpendapatan RM3000 ke bawah (suami isteri). Borang TEMPAHAN boleh diambil di cawangan Taska (Anjung D, Masjid Wilayah). Sila kepilkan slip gaji suami isteri dan my kid anak yang ingin didaftarkan bersama-sama borang tempahan (berwarna pink).

Jika kanak-kanak yang telah membuat tempahan terpilih, pihak Taska akan menghubungi ibubapa/penjaga kanak-kanak untuk mengambil BORANG PENDAFTARAN dan BORANG PERATURAN TASKA. Kanak-kanak yang masih tidak terpilih akan dimasukkan di dalam senarai menunggu mengikut tarikh borang tempahan yang dihantar.

Jika anak anda ingin menamatkan sesi pembelajaran di TDH, sila isikan borang BERHENTI berwarna hijau sebulan sebelum anak anda berhenti dari Taska. Ini bagi memudahkan penempatan kepada kanak-kanak lain yang masih dalam senarai menunggu.