Friday, November 29, 2013

Canting batik dari kanak-kanak 2-4 tahun

Ini kira pertama kali anak-anak Taska Darul Hannan nak cuba buat kraf batik yang melibatkan bahan canting. Tapi, kami beli "Batik Painting" yang telah siap dicanting serta disediakan sekali berus dan 6 pewarna yang "non-toxic".
 Corak yang masih kosong dan bersedia untuk diconteng :)

 Nafisah agak tak berapa yakin mula-mula pegang pewarna tu
 Syok dapat mewarna batik ni

 Kusyuk Afif dapat mewarna
 Arisya nampak semakin selesa mewarna

 nik Umairah seorang yang agak detail semasa mewarna
 Suka dapat pengalaman mewarna batik
 Nafisah minta untuk mewarna lagi. Seronok katanya
 Batik semakin siap....

 Proses mewarna bahagian luar

 Yaya mewarna burung kakak tua
 Marsya pun nak cuba juga walaupun baru 2 tahun :)

 Danish seorang yang kidal tapi teliti semasa mewarna
 Sekali sekala Danish guna juga tangan kanan :)
 Eisya takut-takut semasa nak cuba mewarna tapi lepas tu dia nampak enjoy
Macam biasa, Aiman memang enjoy buat apa pun

Monday, October 14, 2013

Hari Sukan TDH 2013

 Acara sukan bebas----"Candy Crush"
 Comel je tengok tangan yang cuba mengaut gula-gula, coklat dan biskut :)
 Majlis sambutan harijadi untuk anak-anak yang lahir pada Julai-September turut diraikan
 Semua dapat payung berlampu sempena juara acara untuk staf
Kali ni, banyak hadiah bertemakan payung
 Kumpulan ibubapa yang menjuarai acara "Worm Balloon"
 Kumpulan naib juara acara "Push & Pull"
 Senyuman si juara
 Antara yang menerima hadiah unutk acara "Giant Pants"
 Acara "Worm Balloon" untuk ibubapa
 Semua dah bersedia untuk acara tunggal ni
 Para ibu bersiap sedia untuk acara sukan
 Antara acara paling panas untuk sukan kali ni "Push & Pull"
 Kecil-kecil cili padi semuanya
 Acara "Giant Pants" yang memerlukan kanak-kanak memakai seluar besar dan melompat dengan pantas
 Muka nampak macam bimbang je :)
 Kanak-kanak 3 tahun bersiap sedia untuk acara sukan
 Acara "Magic Tunnel" untuk kanak-kanak 2 tahun
 Acara "Spoon Ball" untuk kanak-kanak 3 tahun
Mendaftar sebelum acara bermula.

Hari sukan TDH telah diadakan pada 5 Oktober 2013 bertempat di Anjung D Masjid Wilayah Persekutuan. Selain sukan, majlis harijadi turut diadakan untuk meraikan kanak-kanak yang lahir antara Jul-September. Bagi memeriahkan acara sukan, cabutan bertuah turut diadakan dengan beberapa hadiah yang cukup menarik.

Friday, October 11, 2013

Pertukangan

 Jom warna dulu gambar alat-alat pertukangan sebelum digunting

 Cara memasang skru
 Penggunaan pemutar skru
 Mula-mula alif agak malu
Kan dah selesa sikit cara menggunakan pemutar skru tu. Yang lain-lain dah tak sabar nak cuba

Monday, October 7, 2013

BAGAIMANA MENGENAL JANGKITAN KUTU KEPALA?


Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.

Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah.

Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko!

Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi.

Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.

Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan adalah sukar untuk mengesannya.

Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain tanda-tanda yang nyata termasuk:

1.telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;

2.Kelongsong kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;

3.Kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;

4.Kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.

Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik.

Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah untuk menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog

Friday, July 26, 2013

Kad Raya Hasil Kanak-Kanak

 Kad raya dari kanak-kanak riang 3 tahun dengan cikgunya menggabungkan elemen 2D dan 3D. Saat kanak-kanak buat aktiviti, cikgu-cikgu terlupa ambil gambar. Kalau tak, boleh tengok gelagat yang seronok ketika mereka "punch" gambar2 bunga dan membuat proses menampal kertas. Keupayaan kanak-kanak untuk punch agak terhad sebab puncher agak keras. Jadi, cikgu menggunakan kertas A4 warna yg 80gm sebab cikgu sendiri tidak mampu punch menggunakan kertas tebal :).
 Yang comot itu comel :)
Bahagian dalam kad simple je.

Kanak-kanak 4 tahun dan 2 tahun bakal menunjukkan hasil yang tidak kurang ceria dan kreatif.