Wednesday, May 16, 2012

Lawatan ke Taman Rama-Rama

Ini merupakan lawatan yang ke-2 untuk Taska Darul Hannan dalam tahun 2012. Lawatan ke Taman Rama-Rama yang terletak berdekatan Tasik Perdana ini diadakan pada 3 Mei 2012 baru -baru ini. 17 orang kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun telah dipilih untuk mengikuti lawatan kali ini dengan ditemani oleh 7 orang guru pengiring.

Tiket untuk masuk ke Taman Rama-Rama ini ialah RM5 (kanak-kanak) dan RM10 (dewasa). Di sini ada pelbagai jenis rama-rama serta serangga lain yang "menumpang" di taman ini. Antaranya ialah kura-kura, katak, ikan, cicak, ulat gonggok, kumbang dan sebagainya. Pelbagai akasi spontan kanak-kanak telah dapat dirakamkan semasa lawatan tersebut. Scroll......

Ekspedisi bermula....
Mula menyusuri ke Taman Rama-Rama
Besarnya rama-rama tu
Intai apa tu ye?
Kura-kura yang comel bermain di "kolam mini"
Ikan pun ada juga kat sini
Seekor rama-rama dirakamkan sedang hinggap pada bunga raya

Yana dan Haziq tekun melihat gelagat rama-rama


Antara rama-rama yang dipamerkan di ruang pameran
Kanak-kanak kagum melihat replika ulat beluncas yang dipamerkan

No comments:

Post a Comment