Monday, August 8, 2011

Lawatan Ke Petrosains KLCC

Kali ini Taska Darul Hannan mengadakan lawatan ke Petrosains KLCC. Lawatan kali ke-3 pada tahun ini diadakan pada 28 Julai 2011 (Khamis). Seramai 18 orang anak-anak Taska Darul Hannan dan 8 orang guru-guru Taska telah mengiringi ke Petrosains. Memang meriah dan banyak informasi menarik terdapat di Petrosains.

Yeah! Kami nak pergi Petrosains
Eh! Takde pun. Zairel puas cuba menangkap 'ilusi' kereta comel tersebut tapi tiada. Dah nama pun ilusi...
Untuk masuk ke Petrosains, kami menggunakan kabel ini.
Faiz seronok dapat membawa mini jentolak ni.
Ada kanak-kanak yang lari bila lalu depan 'Dinasour' ni. Apa lagi bila dengar suara 'Dinasour' ni.
Berani-berani takut ye Razqie?
Kanak-kanak Darul Hannan semua nak merasa cara memproses bijih timah
Aidan mencuba alat memproses bijih timah
Masa lawatan ni, simulator helikopter dalam proses renovation. Tak dapat naik, dapat bergambar depan simulator pun jadi lah
Wah! Ziyad teruja sangat-sangat dengan lego kereta mini ini
Ariff dapat merasa bawa kereta racing
Semua tak sabar tunggu turn nak naik kereta racing ni
Eh! Dunia saya dah jadi merah hijau lah
Seronok dapat tengok bagaimana kereta mini digerakkan oleh tenaga solar
Melepas kepenatan selepas melawat Petrosains.

No comments:

Post a Comment