Tuesday, August 9, 2011

Bengkel Memperkasa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Siri 1/2011

Taska Darul Hannan telah mengadakan Bengkel Memperkasa Pendidikan Awal Kanak-kanak Siri 1/2011 pada 30 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di Bilik Seminar (Anjung C) Masjid Wilayah Persekutuan.

Bengkel selama sehari ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak di kalangan pendidik dan pengasuh taska. Bengkel ini telah dijayakan oleh Encik Nik Mohd Arif yang dijemput khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Antara pengisian dalam bengkel ini ialah berkaitan perkembangan menyeluruh kanak-kanak serta pembangunan Lesson Plan modul asuhan kanak-kanak. Kami dari pihak Taska Darul Hannan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Encik Nik Mohd Arif meluangkan masa bagi berkongsi ilmu yang ada. Insya Allah, pihak Taska akan mengadakan lagi bengkel seperti ini demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua staf.

No comments:

Post a Comment