Monday, October 7, 2013

BAGAIMANA MENGENAL JANGKITAN KUTU KEPALA?


Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.

Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah.

Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko!

Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi.

Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.

Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan adalah sukar untuk mengesannya.

Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain tanda-tanda yang nyata termasuk:

1.telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;

2.Kelongsong kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;

3.Kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;

4.Kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.

Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik.

Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah untuk menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog

2 comments:

  1. petua nak hilangkan kutu ni...lumurkan kepala dengan minyak tanah..pastu balutkan dengan kain sekejap..kemudian cuci...kompom mati kutu2 tu

    ReplyDelete