Tuesday, May 14, 2013

TIBB Siri 1/2013 (Tema Makanan)

Program bersama ibubapa (TIBB Siri 1/2013) telah diadakan pada 23 Feb lepas. Ia melibatkan kanak-kanak berumur 4 tahun sahaja. Baru hari ini kami dapat memaparkan gambar-gambar aktiviti sepanjang TIBB tersebut. Tema untuk TIBB kali ini ialah membuat Makanan 3D menggunakan kain flannel sebagai bahan utama. Terima kasih kepada semua ibubapa dan staf yang telah turun padang pada hari tersebut.



 Kumpulan ini ditugaskan mencipta MENU kentang goreng, burger dan sushi


 Inilah hasil dari semua ibubapa. Cantikkan? :)


 Turut membantu menghasilkan alat bantuan mengajar
 Gigih menjahit buah anggur

 Kaum bapa juga tidak ketinggalan menghasilkan alat bantuan mengajar

 Hati-hati guna glue gun tu. Panas!!!
 Setiap peserta yang telah berjaya menyiapkan alat bantuan mengajar akan diberikan kad cabutan bertuah (cabutan akan diadakan pada hari Ihtifal kelak)
 Bergambar dengan hasil masing-masing
 SAYUR-SAYURAN (cili, terung dan labu) yang telah dihasilkan dengan cantik dan kemas

 Program TIBB ini juga sempat meraikan majlis hari jadi untuk adik Akmal Hasif dan Aiman Husaini
BUAH-BUAHAN (anggur, pisang kaki dan strawberi) yang agak unik dan menarik

No comments:

Post a Comment