Friday, June 22, 2012

Lawatan Ke Kilang Beryl's Chocolate dan Muzium



































Ini merupakan lawatan yang ketiga buat kanak-kanak Taska Darul Hannan (TDH) untuk 2012. Lawatan yang telah diadakan pada 20 Jun 2012 (Rabu baru-baru ini) melibatkan 20 orang kanak-kanak berumur 3 & 4 tahun. Kali ini TDH memilih lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate yang terletak di Seri Kembangan.

Kami sampai tepat jam 9.00 pagi seperti yang dijadualkan. Selepas menonton bagaimana coklat dihasilkan, semua kanak-kanak dibawa melawat sekitar kilang. Sayangnya, kami tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar sekitar dalam kilang tertutup tersebut. Kemuadian, kami terus bergambar dan membeli coklat sebagai buah tangan kanak-kanak yang melawat kilang coklat. Selepas melihat rombongan dari sekolah lain sampai, kami bergerak dahulu bagi mengelakkan kanak-kanak TDH bercampur dengan kumpulan rombongan yang lain.

Disebabkan masih ada masa, kami singgah di Muzium bagi melihat Sejarah Mempertahankan Diri Jepun (The Spirit of Budo). Masuk adalah percuma. Kanak-kanak kelihatan teruja sangat melihat alat senjata dan pakaian seni mempertahankan diri yang agak unik. Sebelum itu, kanak-kanak dibawa melihat kenderaan-kenderaan tradisional dan nasional yang dipamerkan di bahagian luar. Semua kanak-kanak akhirnya selamat sampai di TDH sekitar 11.30 pagi. Terima kasih kepada yang terlibat.

2 comments:

  1. cikguuu!!!yang gamabrr burung tue tulis no camera,hehehe..kantoi :P...imani had fun and loved the field trip,thankyou!!

    ReplyDelete
  2. hahah...memang tak boleh pun. kami tak perasan sebenarnya "no camera". selepas terambil, terus kena tegur dgn orang tu :)

    ReplyDelete