Monday, July 26, 2010

Mood Isnin....

Kanak-kanak seronok mendengar cerita cikgu

Satu, dua, tiga.....Cikgu Zai menggayakan Sang Kancil mengira buaya

Susah juga nak pancing mood anak-anak taska pagi-pagi Isnin macam ni. Selepas buat acara rutin seperti senaman dan bacaan surah-surah Lazim, kami bawa kanak-kanak ini ke salah satu anjung masjid. Kami biarkan mereka tengok ikan talapia dulu sebelum mulakan pembelajaran. Inilah untungnya anak-anak Taska Darul Hannan di Masjid Wilayah ini sebab berpeluang cuci mata dulu di sekitar masjid.

Kemudian kami mulakan dengan latihan membaca dengan menggunakan sistem fonik. Seterusnya cikgu Zai mulakan sesi bercerita iaitu sesi yang paling disukai oleh kanak-kanak. Tajuknya agak biasa tapi amat bagus untuk pancing minat kanak-kanak. Cerita antara Sang Kancil dan Buaya. Gambar di atas menunjukkan bagaimana cikgu Zai menggayakan sang kancil mengira buaya-buaya di sungai. Sememangnya kanak-kanak amat minat dengan sesi bercerita tersebut.

2 comments:

  1. salam, cikgu zai pandai bercerita. Mmg cerita yang menarik. Mesti cikgu zai jadi johan pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu.

    ReplyDelete
  2. cikgu zai mmg suka cerita dgn kanak2... :)

    ReplyDelete