Thursday, April 29, 2010

Pengenalan Taska Darul Hannan

Taska Darul Hannan merupakan sebuah institusi penjagaan dan pendidikan harian bagi kanak-kanak yang berusia 1 hingga 4 tahun. Taska Darul Hannan yang pertama telah mula beroperasi pada 1hb. Disember 1996 di sebuah bangunan yang terletak di dalam kawasan Institut kemahiran Baitulmal (IKB), Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur. Kakitangan yang bertugas terdiri daripada seorang penyelia, 3 orang pengasuh untuk menjaga 17 orang kanak-kanak.

Bagi meluaskan perkhidmatannya, mesyuarat MAIWP kali ke 102, Bil 4/2007 pada 22hb November 2007 (Khamis) telah meluluskan penubuhan dan pelaksanaan Taska Darul Hannan ke-2 yang bertempat di Anjung D, Dewan Nurseri Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Taska ini telah dibuka pada 1 Julai 2009 dengan jumlah kakitangan seramai 4 orang, yang terdiri daripada seorang penyelia, seorang pendidik dan 2 orang pengasuh. Jumlah kanak-kanak yang menerima pengasuhan, penjagaan dan pendidikan pada ketika itu adalah seramai 20 orang.



Pada 25 Februari 2010, Taska Darul Hannan Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Bt Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini berlangsung di aras dua, ruang legar Anjung C Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Taska Darul Hannan Masjid Wilayah telah mula beroperasi pada 1 Julai 2009 lalu dengan menerima pendaftaran seramai 30 orang kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun sahaja. Sehingga ke hari ini, warga kerja Taska Darul Hannan terus berusaha meningkatkan mutu dan kualiti menggembleng tenaga dalam memastikan kesempurnaan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Fungsi:
-Menyediakan kemudahan penjagaan harian, pengasuhan dan pendidikan kepada kanak-kanak (bagi peringkat umur antara 1-4 tahun)melalui Taman Asuhan Kanak-kanak(TASKA) Darul Hannan.

Objektif:
-Melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak bagi peringkat umur di bawah 4 tahun dengan mengguna pakai kurikulum bersepadu.
-Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan “Belajar Melalui Bermain”(learning through play) bagi merangsang perkembangan personality dan minda kanak-kanak.
-Mendidik kanak-kanak agar mereka mampu bersosial dan berinteraksi di anatara satu sama lain seawall usia kanak-kanak lagi .
-Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kea rah membina genarasi cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insane yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment