
Slide majlis ihtifal

Dr. Muhammad Yamin, Pn Norihan dan Pn Norrol Asikin antara tetamu yang hadir

Tetamu sedang menunggu acara seterusnya

Kanak-kanak 4 tahun teruja untuk memulakan pertandingan

Pertandingan Puzzle untuk kanak-kanak 4 tahun

Persembahan kanak-kanak 4 tahun

Tersenyum lega selepas tamat persembahan

Antara tetamu yang hadir

Adik Zairel penerima hadiah Tokoh Kanak-Kanak Darul Hannan

Si comel Yana pemenang tempat kedua pertandingan lacing

Persembahan dari kanak-kanak berumur 3 tahun

Semua gembira menerima hadiah masing-masing

Cikgu Fizah dan Cikgu Susni penerima hadiah Guru Dedikasi

Kanak-kanak 4 tahun dan staf bergambar kenangan dengan CEO MAIWP
Majlis Ihtifal Taska Darul Hannan 2011 telah disambut pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bertempat di Taska Darul Hannan, Masjid Wilayah. Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan kanak-kanak berumur 4 tahun yang bakal menamatkan pendidikan awal kanak-kanak hujung tahun ini serta mengasah bakat kanak-kanak melalui pertandingan dan persembahan yang diadakan.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP iaitu Dr. Muhammad Yamin bin Muhammad serta isteri, Pn Norihan Bt Mohd Noor. Pelbagai anugerah untuk kanak-kanak, ibubapa dan guru diadakan. Kali ini, pihak Taska juga menyediakan beberapa cabutan bertuah bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh semua pihak terutama ibubapa, kanak-kanak dan staf Darul Hannan. Pihak Taska Darul Hannan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ihtifal ini.
Kepada yang ingin melihat persembahan kanak-kanak 4 tahun, boleh
LIHAT DI SINI.
Di bawah pula ialah slide aktiviti kanak-kanak 2 tahun yang dikumpulkan sepanjang 2011