Monday, May 24, 2010

Latihan ke Tandas (Potty Training) (Part 1)

Apabila anak mencapai usia 2 tahun, Latihan ke Tandas @ Potty Training merupakan satu cabaran besar buat pasangan ibubapa. Saya akui, bukan mudah untuk melalui cabaran ini. Ia memerlukan KESABARAN yang sangat tinggi, prakstis yang KONSISTEN @ istiqamah, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak & KERJASAMA daripada pasangan.

Sekiranya ada kegoncangan dalam satu daripada 4 perkara ini, maka proses melatih anak untuk ke tandas akan menjadi LEBIH sukar. Bunyinya menakutkan, bukan? hehehe.. Saya hanya mahu anda sebagai ibubapa yang ingin melatih anak ke tandas, mempunyai persiapan mental yang kuat sebelum berdepan dengan cabaran ini. Apa yang telah saya lakukan sewaktu melatih anak sulung saya ke tandas, sehingga dengan izin Allah swt, dia berjaya melakukannya kurang daripada 30 hari? (Maksudnya, tiada lagi lampin pada waktu siang, malam dan ketika bermusafir atau pun shoppping )

Sebelum saya memulakan hari pertama potty training, saya telah kerjakan solat sunat 2rakaat, memohon kepada Allah swt agar membantu saya melatih anak ke tandas kurang daripada 30 hari.Saya yakin, dengan bantuan Allah swt sahaja, misi ini akan berjaya. Dan memang benar, apabila saya ceritakan matlamat saya kepada Allah swt dan mohon pertolongan daripadaNya, semuanya menjadi lebih mudah dan Alhamdulillah misi ini berjaya, walaupun saya baru melakukannya untuk pertama kali.

Jika anda perasan, saya telah tetapkan matlamat 30 hari sebelum saya memulakan latihan ini lagi. Ini kerana, saya seorang yang “sangat” sabar (hehe), sebab itu, saya tidak mahu melalui latihan ini dalam masa yang terlalu lama. Jika anda juga mahu melihat hasil latihan dengan segera, anda juga harus menetapkan matlamat yang jelas & terperinci seperti ini.

Saya telah membuat declaration di hadapan ibu saya (nenek Nabilah), bahawa; Nabilah akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri dalam keadaan potty trained.Teknik ini selalu digunakan dalam perniagaan. Tujuannya untuk memotivasikan diri seseorang, agar terus bersemangat, berusaha lebih keras dan tidak akan patah semangat walau apa sahaja rintangan yang bakal dilalui. Btw, saya telah pilih Ramadhan sebagai bulan melatih anak untuk ke tandas, kerana Ramadhan adalah bulan keSABARan.

Saya telah kunci @ tutup ruang yang digunakan untuk bersolat pada waktu siang. Semua carpet dan tikar yang ada di rumah juga telah siap-sedia digulung pada pagi tersebut dan ia tidak akan dibuka sehinggalah Nabilah 100% potty trained.Ini dilakukan untuk memelihara kesucian dan memudahkan proses pembersihan, memandangkan rancangan saya adalah untuk menanggalkan lampin / diaper anak sepanjang hari tersebut.

Untuk keluaran akan datang, saya akan ceritakan apakah teknik yang mudah untuk membuatkan anak kita boleh ke tandas untuk membuang air kecil & besar kurang daripada 7 hari.

(sumber : anakkusoleh.com )

No comments:

Post a Comment