Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Buku SMS TDH

Mulai 19 Mac 2012, pihak Taska akan melaksanakan Buku SMS Harian Kanak-Kanak. Semua Master Copy telah pun diedarkan mulai Jumaat lepas (16 Mac 2012). Buku SMS ini WAJIB dibawa setiap hari dan diisi oleh ibubapa semasa menghantar kanak-kanak pada waktu pagi dan membawa pulang semula pada waktu petang. Ibubapa akan MENANDATANGANI BUKU SMS setiap hari KETIKA mengambil kanak-kanak pulang. Penyediaan buku SMS hanya dibenarkan menggunakan TAPE BINDING SAHAJA.

Berikut adalah warna kulit depan buku SMS kanak-kanak yang ditetapkan (seperti yang dilampirkan kepada setiap ibu bapa):
a) 2 Tahun: Merah Jambu
b) 3 Tahun: Hijau
c) 4 Tahun: Oren

Bagi memudahkan ibu bapa, pihak Taska menyediakan bakul mengikut warna kulit buku SMS untuk diletakkan buku SMS setiap kali waktu pagi dan petang.

p/s: ibu bapa boleh hubungi penyelia bagi mendapatkan softcopy Buku SMS.

Monday, February 20, 2012

Pengumuman: Program TIBB Siri 1/2012 (Kanak-kanak 4 Tahun Sahaja)

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Taska Darul Hannan akan mengadakan Program Taska bersama Ibubapa Siri 1/2012 (untuk kanak-kanak berumur 4 tahun sahaja) pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 Tgh Hari
Tempat : Taska Darul Hannan
Masjid Wilayah Persekutuan
Jalan Duta, Kuala Lumpur
Bayaran : RM 5.00


9.00 - 9.30 pagi : Ketibaan Para Ibu bapa
9.30 – 10.00 pagi : Sarapan Pagi
10.00 – 10.10 pagi : Taklimat Program
10.00 -10.30 pagi : Aktiviti 1 : Penyediaan Sandwich
10.35 -11.15 pagi : Aktiviti 2 : ‘Art and Craft’ ( Cat Door Hanger )
11.15 – 11.30 pagi : Bersurai


Tajuk : “Membuat Sandwich”

Bahan-bahan (Disediakan oleh pihak Taska) :

1. Roti Sandwich
2. Marjerin
3. Tuna
4. Mayonis
5. Timun

Peralatan (Disediakan oleh ibu bapa) :

1. Pisau
2. Alas Pemotong
3. Penekap Sandwich Pelbagai Bentuk ( Jika Ada )
4. Pembakar Roti ( Jika Ada )


Tajuk : “Cat Door Hanger”

Bahan-Bahan (Disediakan oleh pihak Taska) :

1. Pinggan kertas
2. Manila Kad
3. Water Color
4. Kertas Warna
5. Marker Pen
6. Gam
7. Gunting
8. Berus Warna

Tuesday, August 23, 2011

S.A.L.A.M A.I.D.I.L.F.I.T.R.I

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 30 dan 31 Ogos 2011. Sehubungan dengan itu, Taska Darul Hannan akan ditutup buat sementara waktu.

Tarikh mula tutup: 27 Ogos 2011 (Sabtu)
Tarikh buka semula: 5 September 2011 (Isnin)

Pihak Taska mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua ibubapa, penjaga, staf Darul Hannan serta pembaca blog.

Tuesday, January 11, 2011

Salam Takziah

Kami warga Taska Darul Hannan mengucapkan salam takziah buat ustazah Zaiton Abdul Rahman (bekas Pengurus Bahagian Pembagunan Insan, MAIWP) atas pemergian suami beliau ke Rahmatullah pada pagi semalam (10 Januari 2010). Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Kami berdoa agar ustazah dan keluarga tabah menghadapi ujian dan diberi kekuatan dari-Nya. Al-Fatihah.

Friday, November 26, 2010

Konvokesyen Taska 2010

Peace terakhir.....

Antara yang bakal meninggalkan Darul Hannan

Majlis Konvokesyen Taska Darul Hannan akan diadakan pada 11 DECEMBER 2010 (SABTU) bertempat di Anjung D, Masjid Wilayah (Taska) dari 8 pagi hingga 2 petang. Diharapkan semua ibubapa dapat membuat persediaan untuk anak-anak seperti berikut:

1. Kanak-kanak 2 tahun (pertunjukan fesyen pakaian)
2. Kanak-kanak 3 tahun (pertandingan seni kolaj) ----> bakal diadakan pada minggu hadapan pada waktu taska. Penilaian oleh juri bakal diadakan pada hari konvo.
3. Kanak-kanak 4 tahun (pertandingan syair)
4. Semua kanak-kanak dikehendaki membawa sepasang baju MELAYU/KURUNG untuk sesi
nasyid.

Selain itu, lebih 10 anugerah untuk kanak-kanak dan ibubapa juga disediakan.

Monday, November 1, 2010

PENUTUPAN OPERASI TASKA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Taska Darul Hannan akan menutup operasinya sementara waktu seperti tarikh berikut:

Tarikh Tutup: 17 November 2010 (Rabu) hingga 21 November 2010 (Ahad)
Tarikh Beroperasi: 22 November 2010 (Isnin).

Diharapkan semua ibubapa sedia maklum. Makluman secara bertulis boleh dilihat di premis taska. Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 28, 2010

P.E.N.G.U.M.U.M.A.N P.E.N.T.I.N.G

Sempena bulan Syawal ini, pihak Taska akan mengadakan MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI seperti maklumat berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi -12 tengahari
Tempat: Taska Darul Hannan Masjid Wilayah
Menu Utama: Spagetti

Antara agenda yang akan diadakan ialah majlis bacaan Yassin, taklimat peraturan taska terbaru (menandatangani surat akujanji) dan pengedaran borang Pembaharuan Kemasukan Taska 2011. Kehadiran ibubapa adalah penting sebagai menunjukkan minat untuk meneruskan kemasukan anak ke Taska Darul Hannan pada tahun berikutnya.

Ibubapa dan kakitangan taska diminta untuk membawa surah Yassin. Ibubapa dan kakitangan juga amat dialu-alukan untuk membawa sebarang port luck sempena majlis hari raya tersebut. Sekian.