Showing posts with label Perkembangan Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Kanak-Kanak. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

''ANAKMU MENGGAMBARKAN SIAPA DIRIMU...!!


1.Jika anakmu BERBOHONG,itu kerana engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.

2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,itu kerana engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

3.Jika anakmu KURANG BERBICARA,itu kerana engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

4.Jika anakmu MENCURI,itu kerana engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5.Jika anakmu PENGECUT,itu kerana engkau selalu MEMBELANYA.

6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,itu kerana engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7.Jika anakmu MARAH,itu kerana engkau KURANG MEMUJINYA.

8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu kerana engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.

9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,itu kerana engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10.Jika anakmu LEMAH,itu kerana engkau SUKA MENGANCAMNYA.

11.Jika anakmu CEMBURU,itu kerana engkau MENELANTARKANNYA.

12.Jika anakmu MENGANGGUMU,itu kerana engkau KURANG MENCIUM& MEMELUKNYA

13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,itu kerana engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

14.Jika anakmu TERTUTUP,itu kerana engkau TERLALU SIBUK.

Tuesday, September 13, 2011

Aktiviti Sepanjang Tema Haiwan















Monday, July 11, 2011

Aktiviti Kumpulan Abu Rayhan Al-Biruni

Wajah ceria safiah...

wah..wah...macam-macam aksi ada...

sudut bebas berkreatif...

hurm....mmg kreatif...

muat pula tu... :)

Tuesday, May 31, 2011

Jom Main Basikal...







An Apple A Day...











Aktiviti ini cikgu telah menyediakan bahan untuk anak-anak 2 tahun menampal pada gambar sebiji Epal (kolaj). "An Apple A Day, Keeps The Doctor Away..." Well done kids... :)

Thursday, May 19, 2011

TEPUNG !!!


Yana takut pegang tepung...geli barangkali...

Comotnya...

Tepung ubi kayu + air = main time! :-)

Aiman, pelik tangan berwarna biru + hijau...

Cikgu SaL pun comot juga...

Everyone have fun...








Tuesday, November 9, 2010

Diam-diam Ubi Bukan Semestinya Berisi


Kemahiran bertutur dan memahami bahasa dipelajari oleh anak anda sejak bayi lagi, malah sebelum perkataan pertama keluar dari mulutnya. Kemahiran ini bertambah secara beransur-ansur apabila anak anda membesar, bermula dengan bunyi yang tidak membawa makna hingga butir perkataan yang jelas apabila usianya mencecah dua tahun. Masalah pertuturan dan bahasa boleh menjejaskan perkembangan anak anda, khususnya dari segi tingkah laku serta kemahiran sosial dan akademik. Justeru, punca masalah perlu dikesan awal.

Masalah Pertuturan & Bahasa Yang Biasa Dialami Masalah pertuturan dan bahasa boleh dibahagi kepada tiga kategori: struktur, neural (saraf) dan masalah lain yang berkaitan.

Struktur Masalah Pertuturan Disebabkan Lelangit Rekah Ini merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan lelangit rekah. Mereka biasanya mengalami masalah pertuturan di satu peringkat dalam hidup mereka. Gejalanya termasuk:

  • Tidak boleh mengeluarkan bunyi tertentu
  • Sengau, bunyi percakapan seolah-olah “keluar dari hidung”
  • Anak anda mengeluarkan bunyi mendengus dan menderam

Masalah Penyebutan Kesilapan bunyi pertuturan yang tidak berubah dalam konteks perkataan berlainan. Gejalanya termasuk:

  • Pelat yang amat ketara
  • Sukar menyebut bunyi-bunyi tertentu yang bermula dengan huruf R, J, L dan S seperti lori jadi “loli”

Neural Kelewatan Memahami Bahasa Masalah ini menyebabkan anak anda sukar mempelajari atau menyebut perkataan baru dan membuat ayat. Gejalanya termasuk:

  • Kesukaran mempelajari nahu
  • Kesukaran mempelajari kelas perkataan
  • Kesukaran mempelajari perkataan baru dan penggunaan nahu dengan betul

Disartria Gangguan pertuturan neurologi yang menjejaskan ton otot anak anda, menyebabkan pertuturannya tidak jelas. Gejala-gejalanya termasuk:

  • Kualiti suara lemah
  • Pertuturan terlalu cepat atau lambat
  • Pertuturan lemah, tidak jelas, tidak tentu biji butir dan tidak tepat

Gagap Anak anda mengulangi bunyi pertuturan, biasa permulaan perkataan atau frasa. Gejalanya termasuk:

  • Anak anda tergagap-gagap bila beralih daripada menggunakan satu perkataan atau frasa pendek kepada ayat lebih panjang atau apabila dikenakan tekanan untuk bercakap

Masalah Lain Yang Berkaitan Terdapat juga isu lain yang berkaitan masalah kemahiran pertuturan dan bahasa.

Malu/Segan Sesetengah kanak-kanak pemalu dan tidak bercakap banyak, lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Gejalanya termasuk:

  • Tidak bercakap langsung melainkan bila perlu
  • Pendiam dan suka menyendiri
  • Jika bercakap, suaranya perlahan
  • Kebimbangan guru yang memaklumkan anak anda tidak bercakap langsung

Pendengaran Masalah pendengaran akan menimbulkan masalah pertuturan. Oleh kerana keduadua deria ini saling berkait, orang yang pekak selalunya bisu. Gejalanya termasuk:

  • Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul
  • Suka menyendiri
  • Tidak dapat membuat ayat penuh dengan betul

Apa yang anda boleh lakukan?

Lebih cepat masalah pertuturan dan bahasa anak anda dikenal pasti dan ditangani, lebih besar kemungkinan masalah tidak akan berlarutan atau menjadi lebih buruk. Penilaian awal oleh pakar terapi pertuturan adalah penting. Sebagai ibu bapa, anda boleh mencuba beberapa petua berikut di rumah:

  • 1.Luangkan masa berkomunikasi dengan anak anda, sebaik baiknya bila dia masih bayi. Galakkan anak meniru bunyi dan gerak laku.
  • 2.Bacakan buku. Carilah buku yang sesuai dengan usia anak anda, yang menggalakkannya melihat dan mendengar.
  • 3.Gunakan situasi setiap hari untuk membaiki keupayaan pertuturan dan bahasa anak anda. Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan pelbagai objek dalam rumah dan menyebut namanya untuk membantu anak anda membina perbendaharaan kata dan menambah keupayaan pertuturannya. Pilih perkataan yang mudah.
  • 4.Bercakap dengan bahasa yang betul dan bukan pelat semasa berkomunikasi.

source:positiveparenting.org.com

Saturday, October 16, 2010

Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling

Airis-Arissa Luv and Life: Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling: " Tuan Syed Abd Aziz Hari Isnin baru-baru ni aku hadiri kursus Induksi kat P.D. Tutor dia ialah Tn. Syed Abd Aziz. Memang best. Aku bagi 5 bi..."

Ni antara analisis untuk anak-anak TDH:
No 1: Iman Solehah
No 2: Adeef, Syakir, Wardatul, Zafran, Adam
No 3: Naqib Aqil, Farah, Ashraf, Abid, Ziyad, Aqeel Harith
No 4: Hafiz Ekmal, Maisarah, Helmy
No 5: Mus'ab, Hafizah
No 6: Hakimi, Hazeeq, Wan.M Naqib
No 7: Irfan
No 8: Imani, Amierah, Ezzuddin, Faiz Izzuddin, Zairel, Ain
No 9: Rayyan, Najihah, Faris, Sufiyah

Apalagi cikgu, boleh kita cuba approach anak-anak kita ni secara metafizik pula. Sekurang-kurangnya kita berusaha mendekati mereka lagi.

Tuesday, September 28, 2010

Menguji Motor Halus Kanak-Kanak

Aktiviti waktu petang. Cikgu mengeluarkan mainan baru untuk kanak-kanak, jadi kanak-kanak boleh menunjukkan kemahiran mereka. Aktiviti ini sangat bagus untuk meningkatkan keyakinan diri dan berkomunikasi antara cikgu dan kanak-kanak.

Cikgu Fiza tengah memberi arahan kepada kanak-kanak.


Usaha tangga kejayaan! (mungkin inilah dialog yang Ashraf dan Mus'ab katakan)



Yeahh! Lihatlah cikgu..Akhirnya kami dah siap. Anak-anak Cikgu bangga dengan aktiviti yang mereka buat.


Cikgu ! Farah pun nak glamour juga..