Showing posts with label Kad. Show all posts
Showing posts with label Kad. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Kad Raya Hasil Kanak-Kanak

 Kad raya dari kanak-kanak riang 3 tahun dengan cikgunya menggabungkan elemen 2D dan 3D. Saat kanak-kanak buat aktiviti, cikgu-cikgu terlupa ambil gambar. Kalau tak, boleh tengok gelagat yang seronok ketika mereka "punch" gambar2 bunga dan membuat proses menampal kertas. Keupayaan kanak-kanak untuk punch agak terhad sebab puncher agak keras. Jadi, cikgu menggunakan kertas A4 warna yg 80gm sebab cikgu sendiri tidak mampu punch menggunakan kertas tebal :).
 Yang comot itu comel :)
Bahagian dalam kad simple je.

Kanak-kanak 4 tahun dan 2 tahun bakal menunjukkan hasil yang tidak kurang ceria dan kreatif.

Tuesday, August 23, 2011

Kad Raya Istimewa dari Taskaku...

"Walau apa pun jadi, kita nak warna pink juga kad raya ketupat ni", kata Amierah
Yeah! kita dah siap mewarna dulu
Cikgu, cepatlah buat daun untuk saya
Cuba teka, siapakah saya di sebalik kad raya comel ini?
Sampai tertidur Ashraf tunggu giliran untuk diambil gambarnya.
Naufal sedang menghias kad rayanya
Susahnya cikgu. Terketar-ketar tangan saya nak mewarna kad raya ni...
Kad raya ni khas untuk ibuku yang sedang berpantang...
Aksi Aqeel yang sedang mewarna kad raya di ambil dari sudut atas
Wah! Ziyad & Rayyan nampak seronok mewarna kad raya
Inilah kad raya yang kami buat. Cantik tak?
Hasil kanak-kanak berumur 3 tahun tak kurang cantiknya
Kad raya hasil kanak-kanak berumur 3+++ tahun
Antara hasil kanak-kanak berumur 4 tahun
Gambar kanak-kanak memenuhi ruang dalam kad raya
Tema pelita jadi pilihan untuk kad raya En Mohd Fauzi dan Ustazah Zaiton
Bahagian dalam kad raya
Kad raya untuk Pn Norrol Asikin & Encik Nik Mohd Arif

Setiap tahun, TDH memang akan membuat kad raya sendiri bersama kanak-kanak. Gambar di atas adalah antara aksi dan hasil yang sempat diambil.

Thursday, August 18, 2011

Merdeka Raya

Bahagian dalam kad Hari Raya
Untuk semua Pengawal Keselamatan Masjid Wilayah Persekutuan
Antara kad yang telah dihasilkan. Masih ada beberapa keping kad lagi yang masih dalam persiapan.
Untuk Ustaz Halim....
Kad Raya dan sampul yang menggunakan tema yang sama
Cap tapak tangan si comel yang terdapat di poster Merdeka
Dari sudut tepi....
Lapbook dari kanak-kanak 3+++ tahun
Hasil kanak-kanak 3 tahun
Ketupat buatan sendiri....
Jalur Gemilang digabungkan dengan anyaman ketupat tanda Merdeka Raya
Jalur Gemilang...
Hasil kanak-kanak berumur 4 tahun
Jalur Gemilang yang dibentuk seperti sotong bagi mengisi tema Haiwan bulan ini

Sempena sambutan Merdeka Raya (Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri) ini, taska lagi sekali membuat aktiviti kreatif. Dengan gabungan idea semua warga TDH, maka terhasil lah seni kraf dan hiasan seperti di atas....