Kemahiran bertutur dan memahami bahasa dipelajari oleh anak anda sejak bayi lagi, malah sebelum perkataan pertama keluar dari mulutnya. Kemahiran ini bertambah secara beransur-ansur apabila anak anda membesar, bermula dengan bunyi yang tidak membawa makna hingga butir perkataan yang jelas apabila usianya mencecah dua tahun. Masalah pertuturan dan bahasa boleh menjejaskan perkembangan anak anda, khususnya dari segi tingkah laku serta kemahiran sosial dan akademik. Justeru, punca masalah perlu dikesan awal.
Masalah Pertuturan & Bahasa Yang Biasa Dialami Masalah pertuturan dan bahasa boleh dibahagi kepada tiga kategori: struktur, neural (saraf) dan masalah lain yang berkaitan.
Struktur Masalah Pertuturan Disebabkan Lelangit Rekah Ini merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan lelangit rekah. Mereka biasanya mengalami masalah pertuturan di satu peringkat dalam hidup mereka. Gejalanya termasuk:
- Tidak boleh mengeluarkan bunyi tertentu
- Sengau, bunyi percakapan seolah-olah “keluar dari hidung”
- Anak anda mengeluarkan bunyi mendengus dan menderam
Masalah Penyebutan Kesilapan bunyi pertuturan yang tidak berubah dalam konteks perkataan berlainan. Gejalanya termasuk:
- Pelat yang amat ketara
- Sukar menyebut bunyi-bunyi tertentu yang bermula dengan huruf R, J, L dan S seperti lori jadi “loli”
Neural Kelewatan Memahami Bahasa Masalah ini menyebabkan anak anda sukar mempelajari atau menyebut perkataan baru dan membuat ayat. Gejalanya termasuk:
- Kesukaran mempelajari nahu
- Kesukaran mempelajari kelas perkataan
- Kesukaran mempelajari perkataan baru dan penggunaan nahu dengan betul
Disartria Gangguan pertuturan neurologi yang menjejaskan ton otot anak anda, menyebabkan pertuturannya tidak jelas. Gejala-gejalanya termasuk:
- Kualiti suara lemah
- Pertuturan terlalu cepat atau lambat
- Pertuturan lemah, tidak jelas, tidak tentu biji butir dan tidak tepat
Gagap Anak anda mengulangi bunyi pertuturan, biasa permulaan perkataan atau frasa. Gejalanya termasuk:
- Anak anda tergagap-gagap bila beralih daripada menggunakan satu perkataan atau frasa pendek kepada ayat lebih panjang atau apabila dikenakan tekanan untuk bercakap
Masalah Lain Yang Berkaitan Terdapat juga isu lain yang berkaitan masalah kemahiran pertuturan dan bahasa.
Malu/Segan Sesetengah kanak-kanak pemalu dan tidak bercakap banyak, lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Gejalanya termasuk:
- Tidak bercakap langsung melainkan bila perlu
- Pendiam dan suka menyendiri
- Jika bercakap, suaranya perlahan
- Kebimbangan guru yang memaklumkan anak anda tidak bercakap langsung
Pendengaran Masalah pendengaran akan menimbulkan masalah pertuturan. Oleh kerana keduadua deria ini saling berkait, orang yang pekak selalunya bisu. Gejalanya termasuk:
- Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul
- Suka menyendiri
- Tidak dapat membuat ayat penuh dengan betul
Lebih cepat masalah pertuturan dan bahasa anak anda dikenal pasti dan ditangani, lebih besar kemungkinan masalah tidak akan berlarutan atau menjadi lebih buruk. Penilaian awal oleh pakar terapi pertuturan adalah penting. Sebagai ibu bapa, anda boleh mencuba beberapa petua berikut di rumah:
- 1.Luangkan masa berkomunikasi dengan anak anda, sebaik baiknya bila dia masih bayi. Galakkan anak meniru bunyi dan gerak laku.
- 2.Bacakan buku. Carilah buku yang sesuai dengan usia anak anda, yang menggalakkannya melihat dan mendengar.
- 3.Gunakan situasi setiap hari untuk membaiki keupayaan pertuturan dan bahasa anak anda. Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan pelbagai objek dalam rumah dan menyebut namanya untuk membantu anak anda membina perbendaharaan kata dan menambah keupayaan pertuturannya. Pilih perkataan yang mudah.
- 4.Bercakap dengan bahasa yang betul dan bukan pelat semasa berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment