Wednesday, August 25, 2010

Hari Kebangsaan

Saya nak warnakan lukisan ni dengan warna merah dulu!

Hampir siap dah ni.....

Syoknya dapat warna lukisan ni!

Seminggu lagi Hari Kebangsaan yang ke-53 akan tiba. Kanak-kanak diberi pendedahan tentang maksud merdeka. Tindak balas yang diberikan oleh kanak-kanak ini tentang "Merdeka" amat baik. Sehinggakan setiap kali ternampak bendera Malaysia, mereka akan menjerit perkataan Merdeka! Apabila diberi lukisan bendera Malaysia untuk diwarnakan, semua seakan tidak sabar. Dengan bimbingan daripada para pendidik, kanak-kanak mewarnakan lukisan tersebut dengan baik mengikut warna yang sesuai.

Thursday, August 12, 2010

Kemahiran Motor Halus

Kenapalah susah sangat saya nak masukkan dalam tali ni cikgu???

Yeh! Saya berjaya cikgu

Tengok ni, saya orang pertama yang siapkannya cikgu

Ish! Bantulah saya cikgu

Tersenyum bila berjaya melakukannya

Untuk melihat kemahiran motor halus kanak-kanak, pendidik memberikan seutas tali dengan beberapa biji bentuk dari plastik yang pelbagai warna. Mereka diberi masa tertentu untuk memasukkan semua bentuk plastik tersebut melalui tali yang dibekalkan. Walaupun nampak mudah, tidak semua kanak-kanak dapat memasukkan bentuk-bentuk plastik tersebut dengan baik tanpa bantuan pendidik.

Saturday, August 7, 2010

Mari Belajar Bahasa Arab

Pendidik menyanyi sambil memperkenalkan anggota badan dalam Bahasa Arab

Kanak-kanak seronok menyanyi bersama

Syakrun ialah rambut....

Bahasa Arab antara subjek yang terdapat dalam jadual aktiviti Taska Darul Hannan. Namun, ia kami lebih tekankan pada kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun. Antara cara yang kami gunakan untuk sampaikan ilmu ini ialah melalui nyanyian. Untuk permulaan, pendidik mengajar kanak-kanak mengenali anggota badan seperti rambut, mata, telinga dan lidah. Kanak-kanak kelihatan begitu gembira menyanyi lagu "rekaan sendiri pendidik" ini. Kanak-kanak berumur dua tahun juga dapat mempelajarinya secara tidak langsung ketika kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun menyanyikannya.

Wednesday, August 4, 2010

Imam Muda Datang Lagi

Dikelilingi oleh anak-anak comel Taska

Imam Muda melayan soalan-soalan cepumas kanak-kanak

Sempat mengajar huruf-huruf Hijai'ah

Kakitangan Taska pun nak bergambar juga...

Kali pertama Imam Muda datang ke Taska Darul Hannan Masjid Wilayah ialah pada 1 Julai dulu iaitu sempena ulangtahun pertama Taska. Kali ni Imam Muda datang lagi buat kali kedua selepas tamatnya rancangan Imam Muda di Astro. Anak-anak taska memang seronok bila tetamu khas ini datang (walaupun secara mengejut) hinggakan tak menang tangan Imam Muda melayan mereka. Kami bagi pihak Taska ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian beliau datang ke Taska ini.

Wednesday, July 28, 2010

Peserta Pertandingan Mewarna Karnival Masjid Wilayah

Berikut adalah nama perserta pertandingan mewarna Karnival Masjid Wilayah pada 31 Julai 2010:


1. Ahmad Hazeeq bin Ahmad Nasiruddin
2. Muhammad Faiz Helmy bin Mohd Adli
3. Muhammad Zairel Zulfan bin Zainuddin
4.Farah Norhumairah bt Mohd Fakrurozi
5. Aqil Zafran bin Hassan Basri
6. Muhammad Faiz Izzuddin bin Mohamad Sahabudin
7. Hafiz Ekmal bin Hafizan
8. Raihatul Najihah bt Mohammad Noh
9. Nur Hafizah bt Mohamad Mazran
10. Muhammad A'bid bin Sa'adili
11. Wan Ahmad Ezzuddin bin Wan Jalaluddin

Kepada semua ibubapa, anda diminta membawa anak masing-masing pada pukul 2.00 petang bertempat di Dewan Nikah.

Tuesday, July 27, 2010

Cara Mengatasi Selsema dan Batuk

Ramai ibubapa yang risau dan tidak tahu apa perlu mereka lakukan apabila anak-anak terkena selsema dan batuk. Di sini kami sekadar ingin berkongsi petua dan amalan yang bagus bagi mengelakkan dan mengubati penyakit yang mudah berjangkit ini.

Apabila anak-anak diserang selsema, ibubapa perlu mengutamakan pengambilan VITAMIN C. Mungkin agak sukar bagi mendapatkan Vitamin C dari pemakanan yang seimbang. Jadi tidak salah jika kita mengambil sepplement tambahan seperti 5-10ml scott emulsion sehari, tablet Vitamin C ataupun Multivitamin. Jika boleh, elakkan pengambilan ubat tetapi amalkan pengambilan Vitamin C ini bagi mengatasi masalah ini.

Ini antara kepentingan Vitamin C:
Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah). Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata.

Begitu juga jika anak-anak diserang batuk. Ibubapa boleh mencuba salah satu petua berikut:
1. Sapu vicks di bahagian dada, belakang badan dan tapak kaki (kemudian pakaikan stokin). Cara ini juga dapat mengatasi selsema.
2. Ambil sedikit air kapur dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan kat bahagian kerongkong dan belakang anak.

Mungkin ada juga di kalangan ibubapa yang mempunyai idea yang bagus, boleh juga berkongsi di sini.

Belajar Sambil Bermain

Meriahnya kanak-kanak menyanyi sambil menari

Ha....siapa yang dah kena tangkap???

Menunggu kawan-kawan masuk perangkap yang tak menjadi....

Kanak-kanak yang pemalu pun mula jadi sporting

Cuba menggabungkan beberapa warna

Kanak-kanak paling suka bila diberi peluang mewarna

Merehatkan minda yang sudah mula hilang fokus


Selepas buat acara rutin, kanak-kanak diajak buat acara santai. Sambil menyanyi, mengira dan membaca, mereka boleh menari mengikut lagu yang diputarkan. Kemudian kanak-kanak diajar asas menulis dan mewarna. Asas menulis dan cara memegang pensel amat penting bagi melatih motor kasar mereka. Kanak-kanak yang telah mahir cara memegang pensel dengan baik, dilatih mengadun warna semasa ingin mewarna. Contohnya ialah dengan menggabungkan warna merah, kuning dan oren bagi mendapatkan hasil yang menarik.

Gambar terakhir menunjukkan kanak-kanak sedang baring. Sebenarnya ia bagi memberi peluang kepada kanak-kanak merehatkan diri dan minda. Apabila kanak-kanak mula hilang fokus, kami cuba menarik minat mereka semula dengan pelbagai cara. Kanak-kanak amat tertarik mendengar cerita mengenai 10 Malaikat yang disampaikan pendidik. Ini dapat dilihat melalui pelbagai soalan yang ditanya oleh mereka.