Ramai ibubapa yang risau dan tidak tahu apa perlu mereka lakukan apabila anak-anak terkena selsema dan batuk. Di sini kami sekadar ingin berkongsi petua dan amalan yang bagus bagi mengelakkan dan mengubati penyakit yang mudah berjangkit ini.
Apabila anak-anak diserang selsema, ibubapa perlu mengutamakan pengambilan VITAMIN C. Mungkin agak sukar bagi mendapatkan Vitamin C dari pemakanan yang seimbang. Jadi tidak salah jika kita mengambil sepplement tambahan seperti 5-10ml scott emulsion sehari, tablet Vitamin C ataupun Multivitamin. Jika boleh, elakkan pengambilan ubat tetapi amalkan pengambilan Vitamin C ini bagi mengatasi masalah ini.
Ini antara kepentingan Vitamin C:
Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah). Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata.
Begitu juga jika anak-anak diserang batuk. Ibubapa boleh mencuba salah satu petua berikut:
1. Sapu vicks di bahagian dada, belakang badan dan tapak kaki (kemudian pakaikan stokin). Cara ini juga dapat mengatasi selsema.
2. Ambil sedikit air kapur dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan kat bahagian kerongkong dan belakang anak.
Mungkin ada juga di kalangan ibubapa yang mempunyai idea yang bagus, boleh juga berkongsi di sini.
senang jeww nak mengelakan selsema petua org tua2 tadah airseperti hendak mengambil air sembahyang lepas 2 rendan hidung dlm air 2 sambil menyedut air 2 lgi baik kalau mengunakan air suam....SELAMAT MENCUBA....
ReplyDelete