Monday, November 15, 2010

GELAGAT ANAK-ANAK DARUL HANAN

Pop Kuiz anggota badan dalam bahasa Arab.


Kumpulan burung dengan gaya tersendiri.


Kumpulan Ayam teruja nak jawab soalan.


vroomm...vrooomm..nak ke mana tu?




Sukanya anak-anak Darul Hanan!




Tuesday, November 9, 2010

Diam-diam Ubi Bukan Semestinya Berisi


Kemahiran bertutur dan memahami bahasa dipelajari oleh anak anda sejak bayi lagi, malah sebelum perkataan pertama keluar dari mulutnya. Kemahiran ini bertambah secara beransur-ansur apabila anak anda membesar, bermula dengan bunyi yang tidak membawa makna hingga butir perkataan yang jelas apabila usianya mencecah dua tahun. Masalah pertuturan dan bahasa boleh menjejaskan perkembangan anak anda, khususnya dari segi tingkah laku serta kemahiran sosial dan akademik. Justeru, punca masalah perlu dikesan awal.

Masalah Pertuturan & Bahasa Yang Biasa Dialami Masalah pertuturan dan bahasa boleh dibahagi kepada tiga kategori: struktur, neural (saraf) dan masalah lain yang berkaitan.

Struktur Masalah Pertuturan Disebabkan Lelangit Rekah Ini merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan lelangit rekah. Mereka biasanya mengalami masalah pertuturan di satu peringkat dalam hidup mereka. Gejalanya termasuk:

  • Tidak boleh mengeluarkan bunyi tertentu
  • Sengau, bunyi percakapan seolah-olah “keluar dari hidung”
  • Anak anda mengeluarkan bunyi mendengus dan menderam

Masalah Penyebutan Kesilapan bunyi pertuturan yang tidak berubah dalam konteks perkataan berlainan. Gejalanya termasuk:

  • Pelat yang amat ketara
  • Sukar menyebut bunyi-bunyi tertentu yang bermula dengan huruf R, J, L dan S seperti lori jadi “loli”

Neural Kelewatan Memahami Bahasa Masalah ini menyebabkan anak anda sukar mempelajari atau menyebut perkataan baru dan membuat ayat. Gejalanya termasuk:

  • Kesukaran mempelajari nahu
  • Kesukaran mempelajari kelas perkataan
  • Kesukaran mempelajari perkataan baru dan penggunaan nahu dengan betul

Disartria Gangguan pertuturan neurologi yang menjejaskan ton otot anak anda, menyebabkan pertuturannya tidak jelas. Gejala-gejalanya termasuk:

  • Kualiti suara lemah
  • Pertuturan terlalu cepat atau lambat
  • Pertuturan lemah, tidak jelas, tidak tentu biji butir dan tidak tepat

Gagap Anak anda mengulangi bunyi pertuturan, biasa permulaan perkataan atau frasa. Gejalanya termasuk:

  • Anak anda tergagap-gagap bila beralih daripada menggunakan satu perkataan atau frasa pendek kepada ayat lebih panjang atau apabila dikenakan tekanan untuk bercakap

Masalah Lain Yang Berkaitan Terdapat juga isu lain yang berkaitan masalah kemahiran pertuturan dan bahasa.

Malu/Segan Sesetengah kanak-kanak pemalu dan tidak bercakap banyak, lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Gejalanya termasuk:

  • Tidak bercakap langsung melainkan bila perlu
  • Pendiam dan suka menyendiri
  • Jika bercakap, suaranya perlahan
  • Kebimbangan guru yang memaklumkan anak anda tidak bercakap langsung

Pendengaran Masalah pendengaran akan menimbulkan masalah pertuturan. Oleh kerana keduadua deria ini saling berkait, orang yang pekak selalunya bisu. Gejalanya termasuk:

  • Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul
  • Suka menyendiri
  • Tidak dapat membuat ayat penuh dengan betul

Apa yang anda boleh lakukan?

Lebih cepat masalah pertuturan dan bahasa anak anda dikenal pasti dan ditangani, lebih besar kemungkinan masalah tidak akan berlarutan atau menjadi lebih buruk. Penilaian awal oleh pakar terapi pertuturan adalah penting. Sebagai ibu bapa, anda boleh mencuba beberapa petua berikut di rumah:

  • 1.Luangkan masa berkomunikasi dengan anak anda, sebaik baiknya bila dia masih bayi. Galakkan anak meniru bunyi dan gerak laku.
  • 2.Bacakan buku. Carilah buku yang sesuai dengan usia anak anda, yang menggalakkannya melihat dan mendengar.
  • 3.Gunakan situasi setiap hari untuk membaiki keupayaan pertuturan dan bahasa anak anda. Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan pelbagai objek dalam rumah dan menyebut namanya untuk membantu anak anda membina perbendaharaan kata dan menambah keupayaan pertuturannya. Pilih perkataan yang mudah.
  • 4.Bercakap dengan bahasa yang betul dan bukan pelat semasa berkomunikasi.

source:positiveparenting.org.com

Monday, November 8, 2010

Persediaan Konvo Taska

Latihan nasyid kanak-kanak 3 dan 4 tahun untuk persembahan majlis konvokesyen 2010.

Persediaan anak-anak Darul Hanan membuat persembahan nasyid.

Comel anak anak 2 tahun Darul Hanan ni. Tak sangka makin hari makin bijak dan petah bercakap.

Monday, November 1, 2010

PENUTUPAN OPERASI TASKA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Taska Darul Hannan akan menutup operasinya sementara waktu seperti tarikh berikut:

Tarikh Tutup: 17 November 2010 (Rabu) hingga 21 November 2010 (Ahad)
Tarikh Beroperasi: 22 November 2010 (Isnin).

Diharapkan semua ibubapa sedia maklum. Makluman secara bertulis boleh dilihat di premis taska. Sekian, terima kasih.

Thursday, October 28, 2010

Mari Main Warna dan Puzzle!


Kanak-kanak sangat suka bermain puzzle terutama sekali puzzle yang pelbagai bentuk dan berwarna warni.


Tekun sungguh anak-anak cikgu ni!. Menguji minda ni.



Faris dan Aqil sangat suka bermain puzzle.



Kali ini kanak-kanak diberi peluang menggunakan warna air. Kanak-kanak juga dapat belajar mencampur warna mengikut kreativiti masing-masing.



wau cantiknya rama-rama!. Pandai anak-anak cikgu menggunakan warna air.

Saturday, October 16, 2010

Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling

Airis-Arissa Luv and Life: Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling: " Tuan Syed Abd Aziz Hari Isnin baru-baru ni aku hadiri kursus Induksi kat P.D. Tutor dia ialah Tn. Syed Abd Aziz. Memang best. Aku bagi 5 bi..."

Ni antara analisis untuk anak-anak TDH:
No 1: Iman Solehah
No 2: Adeef, Syakir, Wardatul, Zafran, Adam
No 3: Naqib Aqil, Farah, Ashraf, Abid, Ziyad, Aqeel Harith
No 4: Hafiz Ekmal, Maisarah, Helmy
No 5: Mus'ab, Hafizah
No 6: Hakimi, Hazeeq, Wan.M Naqib
No 7: Irfan
No 8: Imani, Amierah, Ezzuddin, Faiz Izzuddin, Zairel, Ain
No 9: Rayyan, Najihah, Faris, Sufiyah

Apalagi cikgu, boleh kita cuba approach anak-anak kita ni secara metafizik pula. Sekurang-kurangnya kita berusaha mendekati mereka lagi.

Friday, October 8, 2010

Asas Solat dan Aktiviti Kolaj


Aktiviti kolaj. Kanak-kanak sangat suka aktiviti menampal kerana mereka dapat mengenal pelbagai warna.

Kanak-kanak dapat mengenal bentuk bunga, daun dan batangnya.



Aktiviti bebas. Kanak-kanak sangat suka bila dibawa berjalan. Itu belum lagi diajak bergambar.


Cikgu Fiza sedang mengajar kanak-kanak asas solat secara santai.



Apa agaknya Hazeeq tengah menyoal cikgu tu.