Kisah ni diambil dari blog EKSPRESI CINTA MAMA sebagai pengajaran untuk semua parents. Baru berlaku lebih kurang seminggu yang lalu.
kisah panjang menjelang ramadhan: parent sila berhati-hati jika urusan sekadar di pintu taska
dah lama tak update.
straight to the point. nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari-hari akhir syaaban.
isnin, 29 syaaban, kereta rosak. gegak gempita satu putrajaya aku mintak bantuan huuuu...terima kasih kepada kawan aku dan kawan kepada kawan aku yang bermalam-malaman membantu adik aku setelkan hal kereta. aku melayan si hanaa yang menangis nak tidur. terima kasih jugak sebab tumpangkan aku ke tempat kerja dan hantar serta ambik hanaa di nursery hari esoknya. aku, ayah akmal dan hanaa serta emakku sangat berterimakasih kepada anda kerana membantu.
bayangkan macam mana seorang perempuan dengan anak kecik, kereta rosak. suami jauh beratus kilometre. mujur sempat sampai rumah sebelum kereta betul2 buat hal. Alhamdulillah, benarlah janji ALLAH, Allah tak uji lebih dari kemampuan kita. walaupun aku rasa tak mampu nak lalu, down, stress macam2 lagilah bila berdepan situasi yang tak terjangka ni, walaupun sesekali aku terfikir macamana kalau...tak sangka pulak betul2 berlaku. Alhamdulillah, ujian yang datang tu, ada penyelesaiannya. terima kasih adikku yang bergigih2 lepas kerja mengejar erl nak tolong aku siap carikan pomen. terimakasih uncle pomen yang datang dengan anaknya all the way from kl to putrajaya,naik motor malam2 hari. sampai arini aku lupa nak tanya adik aku berapa dia bayar pomen tu datang tengok kereta aku. terimaksih gak kat kawan adik aku sebab suggest adik aku naik erl instead of drive sebab kalau drive memang lambat ler sampai sebab jam org balik kerja. malam2 hari dia ambik n hantar adik aku kat putrajaya sentral-p17-putrajaya sentral.
terimakasih pada bos bagi aku time off nak setelkan kereta, colleague yang hantar aku balik rumah sebab nak tunggu orang tow kereta. kawan aku yang bagi no telefon mekanik. wahhh...banyaknya orang tolong aku. terima kasih ALLAH kerana menggerakkan hati mereka untuk membantu aku.
1 ramadhan, kereta dah ok. malam2 hari mekanik yang baik hati hantar kereta. Alhamdulillah, dapat bawa hanaa ke klinik untuk imunisasi 3 bulan dan hantar hanaa ke taska. tapi ujian belum habis, kereta tiba2 buat hal semula depan taska hanaa. di sini bermula cerita ngeri taska hanaa.
selepas hantar hanaa masuk taska, aku start kereta nak ke office. tak hidup. sepantas kilat call semula mekanik. mekanik kata dia datang. so aku decide nak tumpang taska hanaa since kat luar teramat panasnya.
aku bagi salam tekan bell. cam biasa, pengasuh buka pintu.aku tanya hanaa mana. dia jawab kat atas. aku tak pernah tengok pengasuh ni, baru la tu. sebab sejak dari hari pertama aku hantar hanaa yang aku nampak cuma ada 3 pengasuh je. aku tanya boleh tak aku nak tumpang kejap kat dalam since kereta aku rosak dan aku tengah tunggu mekanik sampai. dia kata boleh, masuk la. aku masuk dan tanya lagi boleh naik atas tak nak tengok hanaa. boleh katanya. so aku naik la. sampai kat atas aku terkejut ada lelaki. aku assume maybe dia adalah saudara-mara tuan taska sebab beberapa kali jugak aku nampak dia ada kat dalam taska. tengah tengok tv dengan sorang lagi pengasuh bersama beberapa baby yang dalam umur setahun. volume tv macam dalam panggung wayang. ada sorang baby menangis di tepi tangga. pengasuh leka tengok tv. tangga tak berpenghadang.
aku masuk bilik hanaa. surprise!!!hanaa dibaringkan-takkan la dia pergi baring sendiri pulak kan..atas perut baby lain yang sebaya dengan dia. betul2 atas perut baby tu, dengan tak bertilamnya. aku terkejut.aku tanya pengasuh dia kenapa hanaa baring macam tu. dia pun terkejut tengok aku. dia cakap hanaa baru lepas tukar lampin and terus cakap sebenarnya puan tak boleh naik atas. aku cakap kat dia orang bawah kata boleh. dia cakap orang bawah baru start kerja hari ni, dia tak tau. ada beberapa baby. lebih dari 5 orang aku rasa dalam bilik tu. ada yang menangis kat bawah buai. ada yang bergolek-golek tak berbantal dan tilam. semua atas lantai tak berlapik even dengan toto. aku nampak tilam hanaa elok je parking tepi dinding.
aku terus turun. aku taknak argue sebab aku takut dia buat apa-apa pada hanaa. aku macam blur kenapa dia baringkan hanaa atas perut baby lain. kalau baby tu bergerak, jatuh kepala hanaa atas lantai yang tak berlapik tu. aku mesej ayah hanaa. there and then kitorng decide nak cari taska baru untuk hanaa. kebetulan esoknya kitorang apply cuti,so aku ajak ayah hanaa jalan2 putrajaya cari taska.
sementara tunggu kat bawah, aku tanya pengasuh baru tu ada lesen tak aska ni dia jawab tak tau. aku dah tanya tokei dia masa hantar hanaa mula-mula dulu dia cakap sedang dalam proses nak dapatkan lesen tapi aku rasa dia tipu sebab aku dah check syarat nak dapat lesen. taska tu tak menepati kriteria. aku tanya budak2 berapa kali makan. 2 kali katanya. maksudnya budak2 tu akan lapar la di petang hari sementara tunggu parent ambik. kepala otak aku mula fikir macam2. dah la mahal, bulan puasa OT dikira start pukul 5. mata duitan betul.
aritu kaki hanaa luka. aku tanya pengasuh cakap bukan dapat from taska. abistu dari mana? padang bola? tapi petang tu tokei taska dating jumpa aku ckap maybe luka sebab kaki dia hentak2 masa baring kat lantai. masa tu aku tak terfikir yang dia kata lantai tu betul2 lantai tak lapik apa2.
jumaat 3 ramadhan aku pergi taska nak bayar yuran dengan nak ambik barang hanaa. aku jumpa tokei, ada riak terkejut pada muka dia bila aku tiba2 nak keluarkan hanaa dari taska. dia cakap puan sepatutnya bagi notis sebulan sebab puan kan dah tandatangan dulu. aku tak peduli la sebulan ke seminggu dah keselamatan hanaa jadi taruhan. memang ada aku sign sd masa nak register hanaa aritu. salah satu akuan yang terkandung dalam sd tu adalah parent tak akan ambik sebarang tindakan pada taska kalau berlaku kematian. silap aku jugak tak tanya betul2 sebab aku memang terdesak nak taska dan itu je taska yang terima baby yang aku jumpa pada masa tu. bila benda ni jadi, buat aku fikir balik kenapa sd tu macam tu.adakah sebab pihak taska nak deny 100% liability atas kecuaian yang berlaku di taska? mentang2 husband dia lawyer. mind you, aku pun lawyer jugak.
aku mintak nak ambik barang hanaa. dia tak bagi and keep bagi reason yang aku sepatutnya bagi notice at least 2weeks prior sebab pengasuh dia busy handle budak. aku cakap xpe husband saya boleh ambik. dia berkeras tak mau bagi.ok fine, aku setelkan bayaran and balik.
masa tu aku start terfikir balik yang masa ayah hanaa dating hantar buai sebab dia kata hanaa xnak tidur bawah, mereka suami isteri cuma sambut buai tu kat pintu. aku tanya ayah hanaa napa tak masuk tolong pasang, dia kata diorang tak ajak masuk pun. and setiap hari tak de parent pun yang masuk dalam untuk hantar or ambik anak mereka. semua di muka pintu je. ini berbeza dengan taska akmal yang mana pintu terbuka masa hantar dan ambil anak2. cuma gril sahaja tutup. jadi parent boleh Nampak anak2 kat dalam. malah kat taska akmal,mak2 boleh masuk dalam tengok anak. masa mula2 hantar akmal dulu, 2 hari aku temankan dia dalam taska. cikgu2 dan pengurusan taska membenarkannya. tapi taska hanaa ni tak. agakmencurigakan kat situ.
tadi aku borak ngn colleague aku pasal taska ni since dia ada pergi tengok taska tu aritu. dia cakap dia naik atas ok je tapi sebelum tu tokei suruh tunggu dulu, tokei naik atas dulu then turun balik baru dia dibenarkan naik.
haaa...panjang cerita. tapi kata mak aku, ada hikmahnya kereta rosak depan taska sebab kalau tak, sampai hari ni aku tak tau macamana diorang jaga hanaa sebab petang balik tengok hanaa dah bersih wangi je dah mandi.so aku rasa everything was ok. tapi tak sebenarnya.
Alhamdulillah, ni dah 2 ari hanaa kat tempat baru. lebih dekat dengan rumah dan office. harapnya tempat ni ok la. yang penting nisbah pengasuh ngn baby sesuai dan aku boleh masuk taska melwat hanaa bila2 masa.
pada parents, sesekali terjah taska anak anda.
ok sekian. hanaa ajak tidur.
sumber: EKSPRESI CINTA MAMA
assalamualaikum, ini sekadar catatan pengalaman saya, sekiranya bermanfaat, ambillah pengajarannya :-)
ReplyDeleteW'salam...terima kasih puan. Moga pengalaman puan dijadikan iktibar buat semua
ReplyDeleteAssalammualaikum Puan.. Sekarang ni Puan hantar anak puan ke taska mana? Boleh share dengan saya? mimisan86@gmail.com
ReplyDelete