Tuesday, June 1, 2010

Latihan ke Tandas (Potty Training) (Part 3)


Untuk entri kali ini, saya ingin dedahkan rahsia kejayaan 4K melatih anak ke tandas dalam tempoh yang singkat.

InsyaAllah, target kita, selepas hari ke-30, tiada lagi diaper pada waktu siang dan malam, sewaktu ber-musafir, atau ber-shopping dan selepas hari ke-30, tiada lagi adegan ter-kucil, ter-tembus, atau yang sewaktu dengannya lagi.

Seronok bunyinya, kan? Anda sudah bersedia? Ayuh, mari kita mulakannya!

Rahsia #1: Kesabaran

Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan naik pada ketika itu.

Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana, dalam kesabaran ada janji Allah swt, “Innallaaha maa’s soobirin” (Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar). Apabila Allah swt berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya.

Apabila kita ber-sabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara tak langsung, kita sedang menarik magnet yang baik ke dalam diri kita dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah, magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi jiwa ibubapa dan anak-anak.

Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan lain melainkan…BERSABARLAH

Pernah satu ketika di zaman Rasulullah saw, seorang sahabat (yg masih jahil) telah membuang air kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu, sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi, Rasulullah saw dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai membuang air kecil, barulah Rasulullah saw datang kepadanya dan memberikan nasihat dengan penuh hikmah.

Sampai ke tahap itu kesabaran Rasulullah saw ye. Sebagaimana yang telah kita maklum, berkat kesabaran itulah, Rasulullah saw berjaya mendidik sahabat-sahabat sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun asalnya, mereka ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di zaman ini)

Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah saw dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa, dalam kesabaran, ada kejayaan

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Amalkan doa ini pada setiap masa: “Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

Jika terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk, tetapi masih tidak hilang kemarahannya, maka baringlah. Dan jika dalam keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhu’lah.

Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan kesedihan itu hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau ketawa, maka insyaAllah, Allah swt akan kurniakan perkara yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Rahsia #2: Konsisten

Anda perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh dilakukan seperti ini, hari #1 tidak pakai lampin, hari #2 (sebab ummi dah penat anak pakai lampin kembali. Oh, tidak…ini tidak boleh.

Atau seperti ini:

Ketika berada di rumah, tidak pakaikan lampin. Tetapi, apabila hendak keluar shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan kerana musafir yang panjang, anak dipakaikan lampin kembali. (kerana khuatir najis ter-tembus, atau tidak sempat ke tandas dsb)

Ini juga tidak boleh. Ya, TIDAK boleh.

Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten @ istiqamah, lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tetapi tidak istiqamah. Sama lah juga dengan potty training.

Apabila ibubapa mula hilang konsistensi, maka anak akan terkeliru. Anak akan terfikir; “Apakah aku patut buang najis ku di sini (diaper) atau di sana (tandas)?” “Kadang-kadang boleh buang dalam diaper, kadang-kadang tak boleh? Isy…mana satu yang betul..confuse, confuse.. ”

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Untuk ibu yang bekerja, ambil cuti seminggu untuk membuat latihan ini. Ini kerana, tidak semua pengasuh dapat mengambil alih tugas potty training dengan sempurna. Kebanyakannya tidak sanggup, kerana latihan ini akan membebankan mereka.

Pilih satu minggu yang kosong (anda dan anak tidak mempunyai sebarang sebab untuk keluar dari rumah seperti untuk menghadiri majlis perkahwinan, atau membeli belah dan sebagainya) Dengan ini, anda akan mudah konsisten.

Dengan langkah yang diajarkan sebelum ini, biasanya, waktu kritikal adalah cuma 3-4 hari sahaja. Namun, untuk menambahkan lagi keyakinan dan keupayaan anak, maka kita berikan mereka peluang selama seminggu.

30 minit sebelum anak tidur, pastikan dia tidak minum air. Ajak anak ke tandas sebelum tidur. Ajar anak beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
sumber (anakku.com)

No comments:

Post a Comment