Thursday, July 5, 2012

Hari Sukan Taska 2012














Buat pertama kalinya selepas dibuka pada 1 Julai 2009, Taska Darul Hannan mengadakan Hari Sukan pada 30 Jun 2012 baru-baru ini. Kategori sukan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu untuk kanak-kanak berumur 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun serta sukan untuk ibubapa & staf. Dengan konsep port luck, pelbagai jenis makanan dibawa oleh ibubapa dan staf.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir serta memberi kerjasama dan kepada En. Haziman kerana sudi mengambil gambar-gambar sukan yang menarik untuk tatapan semua. Terima kasih juga kepada pihak Dutch Lady kerana sudi menyumbangkan air kotak untuk hari sukan TDH. Insya Allah, pihak Taska akan cuba mengadakan Karnival Sukan pada masa akan datang pula bagi melibatkan pihak yang lebih ramai.

Friday, June 22, 2012

Lawatan Ke Kilang Beryl's Chocolate dan Muzium



































Ini merupakan lawatan yang ketiga buat kanak-kanak Taska Darul Hannan (TDH) untuk 2012. Lawatan yang telah diadakan pada 20 Jun 2012 (Rabu baru-baru ini) melibatkan 20 orang kanak-kanak berumur 3 & 4 tahun. Kali ini TDH memilih lawatan ke Kilang Beryl's Chocolate yang terletak di Seri Kembangan.

Kami sampai tepat jam 9.00 pagi seperti yang dijadualkan. Selepas menonton bagaimana coklat dihasilkan, semua kanak-kanak dibawa melawat sekitar kilang. Sayangnya, kami tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar sekitar dalam kilang tertutup tersebut. Kemuadian, kami terus bergambar dan membeli coklat sebagai buah tangan kanak-kanak yang melawat kilang coklat. Selepas melihat rombongan dari sekolah lain sampai, kami bergerak dahulu bagi mengelakkan kanak-kanak TDH bercampur dengan kumpulan rombongan yang lain.

Disebabkan masih ada masa, kami singgah di Muzium bagi melihat Sejarah Mempertahankan Diri Jepun (The Spirit of Budo). Masuk adalah percuma. Kanak-kanak kelihatan teruja sangat melihat alat senjata dan pakaian seni mempertahankan diri yang agak unik. Sebelum itu, kanak-kanak dibawa melihat kenderaan-kenderaan tradisional dan nasional yang dipamerkan di bahagian luar. Semua kanak-kanak akhirnya selamat sampai di TDH sekitar 11.30 pagi. Terima kasih kepada yang terlibat.