Thursday, October 28, 2010

Mari Main Warna dan Puzzle!


Kanak-kanak sangat suka bermain puzzle terutama sekali puzzle yang pelbagai bentuk dan berwarna warni.


Tekun sungguh anak-anak cikgu ni!. Menguji minda ni.



Faris dan Aqil sangat suka bermain puzzle.



Kali ini kanak-kanak diberi peluang menggunakan warna air. Kanak-kanak juga dapat belajar mencampur warna mengikut kreativiti masing-masing.



wau cantiknya rama-rama!. Pandai anak-anak cikgu menggunakan warna air.

Saturday, October 16, 2010

Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling

Airis-Arissa Luv and Life: Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling: " Tuan Syed Abd Aziz Hari Isnin baru-baru ni aku hadiri kursus Induksi kat P.D. Tutor dia ialah Tn. Syed Abd Aziz. Memang best. Aku bagi 5 bi..."

Ni antara analisis untuk anak-anak TDH:
No 1: Iman Solehah
No 2: Adeef, Syakir, Wardatul, Zafran, Adam
No 3: Naqib Aqil, Farah, Ashraf, Abid, Ziyad, Aqeel Harith
No 4: Hafiz Ekmal, Maisarah, Helmy
No 5: Mus'ab, Hafizah
No 6: Hakimi, Hazeeq, Wan.M Naqib
No 7: Irfan
No 8: Imani, Amierah, Ezzuddin, Faiz Izzuddin, Zairel, Ain
No 9: Rayyan, Najihah, Faris, Sufiyah

Apalagi cikgu, boleh kita cuba approach anak-anak kita ni secara metafizik pula. Sekurang-kurangnya kita berusaha mendekati mereka lagi.

Friday, October 8, 2010

Asas Solat dan Aktiviti Kolaj


Aktiviti kolaj. Kanak-kanak sangat suka aktiviti menampal kerana mereka dapat mengenal pelbagai warna.

Kanak-kanak dapat mengenal bentuk bunga, daun dan batangnya.



Aktiviti bebas. Kanak-kanak sangat suka bila dibawa berjalan. Itu belum lagi diajak bergambar.


Cikgu Fiza sedang mengajar kanak-kanak asas solat secara santai.



Apa agaknya Hazeeq tengah menyoal cikgu tu.




Wednesday, September 29, 2010

Besday Taska Jul-September 2010

Cantik tak background ni?

Peace.....

Pendidik dan anak-anak Darul Hannan meriah bergambar

Ust. halim sempat meluangkan masa bersama kanak-kanak

Sama bergaya

Antara makanan yang dibawa oleh ibubapa dan staf

Fresh from oven ibu Rayyan!

Sumbangan dari ibu Sufiyah....

Wow! Sedapnya

Lima biji kek! Memang best

Hepi besday cikgu ila...

Adik Aqil & cup cake yang comel macam dia

Meriahnya warna kek adik Ziyad

Senyuman manis adik Sufiyah

Inilah besday girl, boy and lady....
Kali ni lagi sekali Taska Darul Hannan menyambut ulangtahun kanak-kanak dan staff yang lahir pada bulan Jul-September. Dengan lima biji kek yang pelbagai rupa dan rasa, memang meriah sungguh. Terima kasih kami ucapkan pada semua ibubapa dan staf yang sudi membawa pelbagai makanan dan minuman. Hari Sabtu ni (2/10/10) kita jumpa lagi ye....

Tuesday, September 28, 2010

P.E.N.G.U.M.U.M.A.N P.E.N.T.I.N.G

Sempena bulan Syawal ini, pihak Taska akan mengadakan MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI seperti maklumat berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi -12 tengahari
Tempat: Taska Darul Hannan Masjid Wilayah
Menu Utama: Spagetti

Antara agenda yang akan diadakan ialah majlis bacaan Yassin, taklimat peraturan taska terbaru (menandatangani surat akujanji) dan pengedaran borang Pembaharuan Kemasukan Taska 2011. Kehadiran ibubapa adalah penting sebagai menunjukkan minat untuk meneruskan kemasukan anak ke Taska Darul Hannan pada tahun berikutnya.

Ibubapa dan kakitangan taska diminta untuk membawa surah Yassin. Ibubapa dan kakitangan juga amat dialu-alukan untuk membawa sebarang port luck sempena majlis hari raya tersebut. Sekian.

Menguji Motor Halus Kanak-Kanak

Aktiviti waktu petang. Cikgu mengeluarkan mainan baru untuk kanak-kanak, jadi kanak-kanak boleh menunjukkan kemahiran mereka. Aktiviti ini sangat bagus untuk meningkatkan keyakinan diri dan berkomunikasi antara cikgu dan kanak-kanak.

Cikgu Fiza tengah memberi arahan kepada kanak-kanak.


Usaha tangga kejayaan! (mungkin inilah dialog yang Ashraf dan Mus'ab katakan)



Yeahh! Lihatlah cikgu..Akhirnya kami dah siap. Anak-anak Cikgu bangga dengan aktiviti yang mereka buat.


Cikgu ! Farah pun nak glamour juga..




Tuesday, September 14, 2010

Doa Harian 1

Lokasi Taska ini terletak di dalam Masjid Wilayah. Ini antara doa harian yang perlu kita tahu:

Doa masuk masjid

Maksudnya:
"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu"



Doa keluar dari masjid

Maksudya:
"Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam"