Monday, May 14, 2012

TIBB Siri 4/2012 --> Membuat Penanda Buku & Kenderaan (Selain Kereta)































Sebagai penutup TIBB bagi kanak-kanak berumur 2 & 3 tahun, Taska Darul Hannan telah mengadakannya pada hari Sabtu lepas, 12 Mei 2012. TIBB yang dihadiri oleh hampir 15 orang kanak-kanak ini telah memilih aktiviti membina penanda buku serta kenderaan (selain kereta dan lori). Aktiviti membina kenderaan tersebut dibuat secara berkumpulan. Antara kenderaan yang dihasilkan ialah kapal terbang, feri, keretapi dan beca.

Pihak Taska lagi sekali mengucapkan terima kasih atas kesudian semua ibu bapa dan staf yang mengambil bahagian kali ini. Insya Allah, Taska akan mengadakan BBQ dan hari sukaneka pada bulan Julai nanti.

Friday, May 11, 2012

TIBB Siri 3/2012 --> Membuat Kereta

Kali ini, TDH telah melaksanakan TIBB untuk siri ke 3/2012 bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. TIBB yang dilaksanakan pada 21 April 2012 telah dihadiri oleh hampir 20 orang kanak-kanak.
Aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan kereta pelbagai bentuk dan saiz dengan menggunakan kotak. Ibubapa dikehendaki membawa bahan - bahan untuk membuat kereta seperti kotak, kertas warna dan hiasan - hiasan lain yang boleh mencantikkan lagi kereta. Manakala pihak taska hanya menyediakan bahan – bahan asas seperti cat air, berus warna, gunting dan gam.





















Pihak Taska mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan staf yang sudi menjayakan program TIBB kali ini. Insya Allah, program TIBB seterusnya yang melibatkan kanak-kanak 2 & 3 tahun akan dialksanakan pada Sabtu ini, 12 Mei 2012.