Thursday, February 16, 2012

Lawatan ke Pusat Sains Negara: Actroid

Bersiap sediapakai kasut untuk menaiki van
Antara yang mengikuti lawatan kali ini

Taman pendidikan Sains yang banyak mendedahkan kanak-kanak pada dunia Sains sambil bermain
Kamalia bergambar dalam telur gergasi
Piano yang cukup buat kanak-kanak dan cikgu sama-sama teruja untuk mencubanya

Terujanya kanak-kanak TDH lihat robot Actroid bergerak dan bercakap seperti manusia


Burung ni cantiklah. Bagi saya pinjam sekejap
Bergambar di hadapan robot
Mari sini cikgu tolong angkat robot ni
satu..dua...tiga..lompat
robot dan kanak-kanak memang tak boleh dipisahkan
peace...kami semua dah sampai kat Pusat Sains Negara
Taska Darul Hannan telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN) pada 15 Februari 2012 (Rabu). Seramai 12 orang kanak-kanak TDH berumur 4 tahun telah mengikuti lawatan kali ini dan diiringi oleh 6 orang guru. Antara yang menarik di PSN ialah pameran robot actroid, laluan ke terowong akuarium, taman pendidikan sains dan pelbagai pameran berkaitan dunia sains. Lawatan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada guru dan kanak-kanak mengenai dunia sains secara tiga dimensi (3D) selain memenuhi tema pembelajaran pada bulan ini.

Friday, February 3, 2012

Kursus Modul Alimkids Playgroups

Bergambar kenangan dengan Farah Bagaikan Puteri (gambar sedikit kabur...)
Peserta sedang kusyuk mendengar idea yang dikongsikan oleh Farah
Senyuman dari cikgu fizah yang sedang demam masa ni....

Hasil kolaj epal yang diajar oleh Pn. Effa

Antara hasil dari Pn Effa bersama playgroup beliau

Cantikkan?
Alat-alat yang dicadangkan oleh Pn Effa utk aktiviti kreatif
Kad sempena hari bapa yang cukup simple tapi menarik

Bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidik Taska Darul Hannan di samping mendedahkan mereka kepada pengajaran Kaedah Khalifah iaitu menekankan konsep Belajar Sambil Bermain di samping menghayati kebesaran Ilahi, pihak Taska telah menghantar beberapa pendidik mengikuti Kursus Modul Alimkids Playgroups. Kursus tersebut telah diadakan dari 14 Jan 2012 hingga 15 Jan 2012.

Antara yang memberi latihan kepada peserta selain staf Alimkids ialah Puan Farah (Bagaikan Puteri). Semoga pendedahan yang diberikan oleh semua tenaga pengajar akan dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah, kursus dan latihan berterusan akan diteruskan bersama Alimkids. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan semua peserta.

Monday, December 5, 2011

Majlis Pendaftaran 2012 & Besday

Cikgu fizah dan cikgu zai sedang menyusun beberapa biji kek untuk sambuatan hari jadi
Adam nak kek ni ibu...
Bestnya...kita boleh makan macam-macam jenis kek
Alamak! saya baru nak rasa sikit kek ni, cikgu nampak lah pula
Kek coklat khas untuk Irfan
Kek durian secret resepi idaman kalbu....
Kek dinosour Aidan yang sangat comel
Kek Arif hasil air tangan ibunya memang sedap.
Emm...cepat lah potong. tak sabar nak makan ni..
Yes! kita potong kek ni
Aidan ditemani oleh mummy untuk memotong kek
Pn Hasmiza turut menemani anakanda Arif memotong kek hari jadi yang dibuat sendiri.
Sabar...sabar....kita nyani lagu hari jadi dulu ye
Antara ibu bapa yang turut hadir
Yummy nya kek ni...

Sabtu baru-baru ini (3/12/2011), Taska Darul Hannan telah mengadakan Majlis Pendaftaran Kanak-Kanak Taska 2012 serta taklimat berkaitan Taska. Taklimat telah disampaikan oleh penyelaras Taska iaitu Cik Huzairiah Md Zainudin.

Dihadiri oleh lebih 30 keluarga, majlis ini dimeriahkan lagi dengan Majlis Hari Jadi bagi semua kanak-kanak yang lahir dari bulan Oktober-Disember. Beberapa keluarga juga turut membawa pelbagai jenis kek dan kuih-muih serta goodies untuk kanak-kanak.

Monday, November 21, 2011

Ultraman datang ke TDH

Kek idaman Putera Iman bertemakan Ultraman
Besday boy seronok di hari jadinya sebab dapat sambut dengan rakan-rakan
Ibubapa Putera Iman sudi meluangkan sedikit masa untuk anakanda kesayangan
Kanak-kanak tak sabar nak merasa kek secret nan sedap tu
Wajah-wajah ceria bercampur terkejut
Kanak-kanak meriah dengan taburan kertas berwarna-warni yang dilepaskan
Bergambar kenangan dengan rakan-rakan sebaya dan ibubapa
Putera Iman ceria bersama kanak-kanak lain

Wednesday, November 2, 2011

Majlis Ihtifal TDH 2011

Slide majlis ihtifal
Dr. Muhammad Yamin, Pn Norihan dan Pn Norrol Asikin antara tetamu yang hadir
Tetamu sedang menunggu acara seterusnya
Kanak-kanak 4 tahun teruja untuk memulakan pertandingan
Pertandingan Puzzle untuk kanak-kanak 4 tahun
Persembahan kanak-kanak 4 tahun
Tersenyum lega selepas tamat persembahan
Antara tetamu yang hadir
Adik Zairel penerima hadiah Tokoh Kanak-Kanak Darul Hannan
Si comel Yana pemenang tempat kedua pertandingan lacing
Persembahan dari kanak-kanak berumur 3 tahun
Semua gembira menerima hadiah masing-masing
Cikgu Fizah dan Cikgu Susni penerima hadiah Guru Dedikasi
Kanak-kanak 4 tahun dan staf bergambar kenangan dengan CEO MAIWP

Majlis Ihtifal Taska Darul Hannan 2011 telah disambut pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bertempat di Taska Darul Hannan, Masjid Wilayah. Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan kanak-kanak berumur 4 tahun yang bakal menamatkan pendidikan awal kanak-kanak hujung tahun ini serta mengasah bakat kanak-kanak melalui pertandingan dan persembahan yang diadakan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP iaitu Dr. Muhammad Yamin bin Muhammad serta isteri, Pn Norihan Bt Mohd Noor. Pelbagai anugerah untuk kanak-kanak, ibubapa dan guru diadakan. Kali ini, pihak Taska juga menyediakan beberapa cabutan bertuah bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh semua pihak terutama ibubapa, kanak-kanak dan staf Darul Hannan. Pihak Taska Darul Hannan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ihtifal ini.

Kepada yang ingin melihat persembahan kanak-kanak 4 tahun, boleh LIHAT DI SINI.
Di bawah pula ialah slide aktiviti kanak-kanak 2 tahun yang dikumpulkan sepanjang 2011