Wednesday, July 28, 2010

Peserta Pertandingan Mewarna Karnival Masjid Wilayah

Berikut adalah nama perserta pertandingan mewarna Karnival Masjid Wilayah pada 31 Julai 2010:


1. Ahmad Hazeeq bin Ahmad Nasiruddin
2. Muhammad Faiz Helmy bin Mohd Adli
3. Muhammad Zairel Zulfan bin Zainuddin
4.Farah Norhumairah bt Mohd Fakrurozi
5. Aqil Zafran bin Hassan Basri
6. Muhammad Faiz Izzuddin bin Mohamad Sahabudin
7. Hafiz Ekmal bin Hafizan
8. Raihatul Najihah bt Mohammad Noh
9. Nur Hafizah bt Mohamad Mazran
10. Muhammad A'bid bin Sa'adili
11. Wan Ahmad Ezzuddin bin Wan Jalaluddin

Kepada semua ibubapa, anda diminta membawa anak masing-masing pada pukul 2.00 petang bertempat di Dewan Nikah.

Tuesday, July 27, 2010

Cara Mengatasi Selsema dan Batuk

Ramai ibubapa yang risau dan tidak tahu apa perlu mereka lakukan apabila anak-anak terkena selsema dan batuk. Di sini kami sekadar ingin berkongsi petua dan amalan yang bagus bagi mengelakkan dan mengubati penyakit yang mudah berjangkit ini.

Apabila anak-anak diserang selsema, ibubapa perlu mengutamakan pengambilan VITAMIN C. Mungkin agak sukar bagi mendapatkan Vitamin C dari pemakanan yang seimbang. Jadi tidak salah jika kita mengambil sepplement tambahan seperti 5-10ml scott emulsion sehari, tablet Vitamin C ataupun Multivitamin. Jika boleh, elakkan pengambilan ubat tetapi amalkan pengambilan Vitamin C ini bagi mengatasi masalah ini.

Ini antara kepentingan Vitamin C:
Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah). Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata.

Begitu juga jika anak-anak diserang batuk. Ibubapa boleh mencuba salah satu petua berikut:
1. Sapu vicks di bahagian dada, belakang badan dan tapak kaki (kemudian pakaikan stokin). Cara ini juga dapat mengatasi selsema.
2. Ambil sedikit air kapur dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan kat bahagian kerongkong dan belakang anak.

Mungkin ada juga di kalangan ibubapa yang mempunyai idea yang bagus, boleh juga berkongsi di sini.

Belajar Sambil Bermain

Meriahnya kanak-kanak menyanyi sambil menari

Ha....siapa yang dah kena tangkap???

Menunggu kawan-kawan masuk perangkap yang tak menjadi....

Kanak-kanak yang pemalu pun mula jadi sporting

Cuba menggabungkan beberapa warna

Kanak-kanak paling suka bila diberi peluang mewarna

Merehatkan minda yang sudah mula hilang fokus


Selepas buat acara rutin, kanak-kanak diajak buat acara santai. Sambil menyanyi, mengira dan membaca, mereka boleh menari mengikut lagu yang diputarkan. Kemudian kanak-kanak diajar asas menulis dan mewarna. Asas menulis dan cara memegang pensel amat penting bagi melatih motor kasar mereka. Kanak-kanak yang telah mahir cara memegang pensel dengan baik, dilatih mengadun warna semasa ingin mewarna. Contohnya ialah dengan menggabungkan warna merah, kuning dan oren bagi mendapatkan hasil yang menarik.

Gambar terakhir menunjukkan kanak-kanak sedang baring. Sebenarnya ia bagi memberi peluang kepada kanak-kanak merehatkan diri dan minda. Apabila kanak-kanak mula hilang fokus, kami cuba menarik minat mereka semula dengan pelbagai cara. Kanak-kanak amat tertarik mendengar cerita mengenai 10 Malaikat yang disampaikan pendidik. Ini dapat dilihat melalui pelbagai soalan yang ditanya oleh mereka.

Monday, July 26, 2010

Mood Isnin....

Kanak-kanak seronok mendengar cerita cikgu

Satu, dua, tiga.....Cikgu Zai menggayakan Sang Kancil mengira buaya

Susah juga nak pancing mood anak-anak taska pagi-pagi Isnin macam ni. Selepas buat acara rutin seperti senaman dan bacaan surah-surah Lazim, kami bawa kanak-kanak ini ke salah satu anjung masjid. Kami biarkan mereka tengok ikan talapia dulu sebelum mulakan pembelajaran. Inilah untungnya anak-anak Taska Darul Hannan di Masjid Wilayah ini sebab berpeluang cuci mata dulu di sekitar masjid.

Kemudian kami mulakan dengan latihan membaca dengan menggunakan sistem fonik. Seterusnya cikgu Zai mulakan sesi bercerita iaitu sesi yang paling disukai oleh kanak-kanak. Tajuknya agak biasa tapi amat bagus untuk pancing minat kanak-kanak. Cerita antara Sang Kancil dan Buaya. Gambar di atas menunjukkan bagaimana cikgu Zai menggayakan sang kancil mengira buaya-buaya di sungai. Sememangnya kanak-kanak amat minat dengan sesi bercerita tersebut.

Tuesday, July 20, 2010

Belajar di Luar Taska

Bersemangatnya adik Hazeeq melompat

Naqib, tu dah terkeluar dari relung...

Kanak-kanak seperti tidak sabar menunggu giliran

Seronoknya mewarna di kawasan Anjung Masjid....

Kanak-kanak diajar membaca menggunakan sistem fonik

Cantik tak hasil mewarna saya cikgu?

Bukan mudah ingin menarik perhatian kanak-kanak. Oleh itu, kali ini kami cuba adakan aktiviti di luar taska (iaitu di sekitar dalam Masjid Wilayah). Aktiviti membaca secara fonik dan mewarna menjadi lebih menarik apabila diadakan di luar taska. Kegembiraan kanak-kanak boleh dilihat melalui gambar-gambar yang kami paparkan.

Hari ini juga lagi sekali kami adakan aktiviti di luar taska iaitu aktiviti bersukan sambil belajar. Kanak-kanak dikehendaki melompat ke dalam relung berwarna-warni sambil mengira. Yang pasti, kami akan adakan aktiviti di luar taska lagi demi menarik minat kanak-kanak melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Ini kerana, ada beberapa orang di antara mereka sebelum ini kelihatan agak pemalu dan pendiam.

Wednesday, July 14, 2010

Ikan Talapia Datang Semula!!!

Cikgu Fiza pun sama seronok melihat ikan di kolam dengan kanak-kanak

Kanak-kanak begitu seronok melihat kehadiran ikan talapia

Banyaknya ikan tu!!!

Adik Faiz dan adik Syakir sempat tunjuk aksi lucu

Kanak-kanak mewarna sambil dibimbing oleh pendidik

Gelagat kanak-kanak semasa mewarna

Tengoklah lukisan yang saya warna ni

Aktiviti mewarna merupakan antara aktiviti paling disukai oleh kanak-kanak. Kami berikan seorang sekeping gambar seekor ulat gonggok berlatar belakangkan pepohon. Sifat teruja kanak-kanak ini boleh dilihat daripada warna-warna yang mereka gunakan.

Kemudian kanak-kanak dibawa melihat ikan talapia berdekatan Anjung A. Hampir sebulan mereka tidak dapat melihat kehadiran ikan-ikan tersebut. Hari ini anak-anak ikan tersebut sudah mula memenuhi kolam. Bukan sahaja kanak-kanak malahan kami warga pendidik juga begitu seronok melihat kehadiran ikan talapia di situ.




Tuesday, July 13, 2010

Aktiviti Bermain Doh

Adik Faiz sempat lagi berposing.......

Hai Hazeeq! Tengah fikir nak buat corak apa lagi ke?

Kanak-kanak berumur 2 tahun begitu seronok bermain doh.

Cikgu Ana sedang melayan kanak-kanak berumur 2 tahun menerap doh. Khusyuknya!

Hai Zairel! Tengah bagi arahan kat kawan-kawan ke?

Kanak-kanak diberi peluang bermain doh untuk merangsang motor kasar dan halus mereka. Dengan bimbingan 3 orang guru kanak-kanak mereka pelbagai bentuk dan corak yang mereka ingini. Kali ini aktiviti dilakukan tanpa mengikut peringkat umur kerana semua kanak-kanak mempunyai kelebihan masing-masing.

Friday, July 9, 2010

Sambutan Besday Iman Solehah & Faiz

Dua biji kek yang comel untuk adik Faiz dan adik Iman

Adik Iman dan adik Faiz bergambar dengan kek masing-masing

Kanak-kanak menyanyikan lagu hari jadi untuk adik Iman dan adik Faiz

Comelnya adik Iman dan adik Faiz

Seronoknya potong kek besday

Sedapnya kek coklat ni!

Nak satu vitagen!

Hari ini lagi sekali Taska Darul Hannan Masjid Wilayah meraikan majlis hari jadi kanak-kanak. Kali ni besday dua beradik yang comel iaitu adik Muhammad Faiz dan adik Iman Solehah. Cuba lihat dua biji kek istimewa di atas tu. Memang sedap. Pihak taska mengucapkan terima kasih kepada kedua ibubapa Faiz dan Iman atas usaha beliau.

Friday, July 2, 2010

Apabila Cikgu Mula Bercerita...

Cikgu Fanisya sedang bercerita

Kanak-kanak cuba menggayakan cara ikan berenang

Lukisan yang digunakan untuk memperkenalkan tentang dunia ikan

Kanak-kanak mendengar penerangan guru


Kali ini, kanak-kanak mendengar cerita berunsur nasihat daripada guru mereka. Sebuah buku yang bersaiz besar dan berwarna-warni digunakan oleh guru taska untuk menarik minat kanak-kanak dalam sesi bercerita. Selain itu, cikgu Fanisya atas inisiatif sendiri telah melukis seekor ikan Kap yang cantik untuk digunakan dalam memperkenalkan dunia ikan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk mewarna ikan mengikut tunjuk ajar daripada guru dan kreativiti sendiri.

Thursday, July 1, 2010

Imam Muda Azhar berkunjung ke TDH

Imam Muda Azhar memberi sedikit kata semangat kepada adik Hazeeq

Kanak-kanak bergambar bersama Calon Imam Muda

Cikgu-cikgu dan anak-anak TDH mengambil kesempatan bergambar bersama Calon Imam Muda Azhar


Sempena Ulang Tahun Pertama Taska Darul Hannan Masjid Wilayah, kami mengejutkan kanak-kanak dengan kehadiran Calon Imam Muda Azhar yang selama ini mereka ingin sangat untuk berjumpa. Cikgu Ana dan cikgu Ila di taska telah berusaha untuk merealisasikan impian anak-anak di TDH. Mereka menjadikan Calon Imam Muda itu sebagai satu idola untuk mereka menjadi imam apabila dewasa kelak. Imam Muda Azhar memberi sedikit kata-kata semangat untuk anak-anak di TDH. Terima kasih di ucapkan kepada Calon Imam Muda Azhar atas kunjungan beliau ke TDH.